Skip to content

Mee Hailam

May 17, 2010

Untuk makan tengahari kali ni  ini kami menjamu selera dengan mee hailam sahaja.  Saya sangat suka memasak mee hailam kerana cara penyediaannya sangat simple. Bagi saya mee ni  sangat sedap dan istimewa. Lagi pun ia sangat berkhasiat kerana kaya dengan seafood dan sayur-sayuran…… Kalau mahu kan mee hailam tu lebih sedap, campurkan dengan stok udang kedalamnya!….. Dan  jangan kedekut untuk meletakkan daging dan seafood lebih sedikit…!! jangan lupa juga sediakan cili jeruk dan cili potong ….. bila makan mesti berpeluh-peluh!!

Ok, saya tak ada idea nak berceloteh panjang… kami layan mee hailam ni dulu ye!!!!

Resepi Mee Hailam

1 bungkus mee kuning ( cuci dahulu mee untuk menhilangkan bau )
100 g daging ( dipotong nipis)
6-10 ekor udang
3-4 ekor sotong ( dibersihkan dan di potong2)
1 biji buah tomato ( belah 6_
1 paket cendawan tiram
sedikit kobis bunga
1 batang karot ( dipotong nipis)
daun ketumbar ( bahan tabur))
daun bawang ( bahan tabur)
daun sup (bahan tabur)
5-6 biji cili api ( dititik)
4-5 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3-4 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung/tepung gandum ( dicampur sebati dengan sedikit air )
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis
bawang goreng

Cara penyediaan

1. Celur mee kuning, angkat dan hidangkan.

2.  Untuk kuahnya kopek dan asingkan kepala dan kulit udang dengan isinya. Tumbuk kepala udang campurkan dengan air kemudian ambil stoknya.

3. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging. Masak seketika kemudian masukkan cili padi, sos tiram, kicap, lada sulah, stok udang dan air secukupnya.  Masak hingga mendidih dan daging empuk.

4. Setelah daging empuk masukkan masukkan sotong, isi udang dan sayur-sayuran.

5. Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Setelah tutup api bolehlah dimasukkan buah tomato supaya buah tomato tidak terlalu lembik. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan dengan mee kuning yang telah dicelur, bawang goreng, daun sup, daun ketumbar dan cili jeruk atau cili potong.

*  Anda boleh juga mencampurkan sekali dengan kuah semasa memasaknya jika anda suka!!. Tetapi saya tidak berbuat begitu. Saya mengasingkan kuah dengan mee bagi mengelakkan mee kembang dan tidak tahan lama. Bila masa hendak memakanya barulah saya mencampurkan dengan kuah!!

Chips Roti Canai

May 15, 2010

Malam tadi roti canai, pagi ni dah bertukar rupa menjadi chips pulak…. apa kes ni!! hahaha… nilah jadinya kalau tamak… masa membeli roti canai ikut sedap anak tekak jer nak order… lepas tu tak habis!! Punyalah membazir!!!!

Nasib baik ada penyelamat dapur yang dapat menyelamatkan keadaan.  Oleh kerana terasa sayang untuk membuang roti canai sejuk ni, otak saya mula berfikir kenapa tidak saya recycle je roti ni jadi chip atau keropok. Baru letak je atas meja tak sampai 5 minit habis licin!!! Kiranya saya berbangga jugalah jadi penyelamat negara ni!!!…

Cara nak buatnya senang je… Potong kecil-kecil roti canai yang tak habis tu… lepas tu goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan hidangkan. Boleh Tabur gula halus pada chips jika suka…

Ayam Masak Asam Pedas

May 13, 2010

Ayam masak asam pedas??….. Actually dulu saya tak berapa sukakan nya!. Saya rasa tak berapa sesuai jika berbanding dengan asam pedas ikan kesukaan saya! Dalam jangka masa yang lama juga saya tidak memakannya apalagi memasaknya. Bila saya mula menyelak-nyelak majalah Rasa, gambarnya membuat saya terliur dan ingin mencubanya.

Dalam memasak tu saya terfikir macammana nak buat asam pedas ayam ini sedap!!  So saya tergerak hati ingin mengunakan bunga kantan dan serai kisar untuk menambah aroma asam pedas saya. Saya masukkan juga tomato kisar untuk pekatkan kuah. Tidak ketinggalan daun kesom untuk menambahkan aroma dan menghilangkan bau hanyir ayam.

Hasilnya tidak menghampakan…. Asam pedas ayam ni memang sedap jika pandai membuatnya sekaligus menangkis tanggapan saya dahulu yang menganggap asam pedas tidak sesuai pada ayam!!

Anda yang tidak pernah memasak asam pedas ayam cubalah resepi saya ni ok… manalah tahu anda pun suke!!

Resepi Asam Pedas Ayam

1 ekor ayam  ( dipotong dan di bersihkan)
2 biji bawang besar ( dikisar)
5 ulas bawang putih ( dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
3/4  inci kunyit (dikisar)
2 batang serai  (dikisar)
2 kuntum bunga kantan ( dikisar)
15- 20 biji cili kering ( direndam dan di kisar)
2 biji tomato( di kisar)
3-4 keping asam gelugur ( atau 1 cawan air asam jawa)
daun kesum
garam, gula, sedikit perasa
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan kisar ( kecuali tomato kisar) hingga kering air dan wangi.
2. Kemudian masukkan ayam. Masak seketika hingga ayam kecut dam mengeluarkan air.
3. Masukkan tomato kisar dan sedikit air ( terpulang pada anda untuk kuah banyak mana yg anda mahu).
4. Masukkan asam gelugur atau asam jawa dan renehkan dengan api sederhana sehingga ayam empuk.
5. Sesuaikan rasa taburkan daun kesum dan tutup api.

Done! selamat mencuba!

Goreng Pisang Panas

May 12, 2010

Dua tiga hari ni mewah betul kami sekeluarga dapat makan goreng pisang, gara-gara pokok pisang di hadapan rumah saya tumbang dek hujan lebat dan angin kencang yang melanda baru-baru ni…. Sepatutnya pokok pisang saya ni belum masanya untuk di tuai!. Buahnya pun belum cukup besar……  Tapi nak buat macam manakan!!! Tapi tak mengapa kerana kami masih dapat merasanya walaupun ia agak kecil!! Buahnya masih sedap dan manis bila di goreng….

Sebenarnya pokok pisang saya ni adalah pokok kesayangan saya! Seingat saya dah lebih 10 kali saya merasanya… dan pokoknya rajin pulak berbuah dan membiak!!  Bila ia masak, akan menjadi rebutan rakan-rakan  dan jiran-jiran saya, kerana saiznya sangat besar dan rasanya sangat manis!!  Biasanya saya akan membahagi-bahagikan buah pisang ini kepada kawan dan jiran kerana tak terlarat kami sekeluarga nak menghabiskan setandan pisang ini.

Berbalik pada goreng pisang panas ni, saya rasa, tak perlulah saya beri resepinya kerana saya rasa semua orang tahu membuatnya. Biasanya saya suka guna tepung goreng pisang sedia ada di pasaran je. Tetapi saya akan tambah 1 atau 2 sudu besar tepung gandum untuk mengelakkan ia terlalu rangup dan berderai.  Tips lain, kalau nak goreng pisang pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan pisang. Kalau minyak belum cukup panas, pisang yang goreng tidak begitu cantik masaknya.

Memang sedap petang-petang minum teh dengan  goreng pisang panas, sambil menonton Asean Food Channel, Astro!! saluran kesukaan saya! Anak lelaki saya pun belum berhenti makan sehingga perutnya kenyang!!  Layan betul!

Dory Fillet Sweet Sour ( Ikan Dori Masam Manis)

May 11, 2010

Pernah makan dory fillet tak? Ikan ni adalah “feveret’ kami sekeluarga!. Biasanya ia di jual di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan lain lain. Kalau nak beli kena cari kat peti sejuk beku pasaraya tersebut  dan biasanya ia di jual 1 paket dalam lebih kurang Rm 5.00 – 6.00 sahaja.

Masa mula-mula nak beli was-was juga!! bukan apa… takut tak sedap atau tawar. Maklum sajalah Import frozen fish… dah berbulan-bulan disimpan dan disejukbeku, mungkin rasanya akan menjadi kurang enak! Tetapi sangkaan saya meleset!… Rasa ikan ini masih sedap manis dan lemak!!  Seingat saya dalam banyak kali beli cuma sekali saja yang kurang manis rasanya. Selebihnya memang sedap!!

Biasanya ikan ini saya masak sweet sour je…  Kesukaan anak saya!!

Cubalah resepi ni…

Resepi Ikan Dory Masam Manis

2 Keping Dory Fillet
1/2 inci halia ( dihiris)
1 labu bawang besar ( saiz kecil) – di hiris
2 ulas bawang putih ( dihiris)
5-6 biji cili api ( sebiji-sebiji atau di potong)
1 biji tomato  ( dipotong 6)
1 sudu besar cube mixed vege ( sejuk beku)
sedikit daun ketumbar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit untuk menumis
1 sudu makan sos ikan ( option)
garam, gula dan sedikit serbuk kunyit

Cara penyediaannya

1. Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan Dory kemudian goreng keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk sosnya, tumis bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan semua sos, mixed vege dan sedikit air.
3. Bila mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan daun ketumbar dan tomato yang telah dipotong dan tutup api.
4. Tuang sos masam manis pada ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Masak Lemak Ikan Cencaru Salai

May 11, 2010

Lauk makan malam saya hari ni timbul dari ikan bakar saya tidak disentuh oleh anak anak saya tengahari tadi…. Bila ia telah sejuk dan tidak sedap untuk dimakan lalu saya asingkan isinya lalu dimasak begini….  Sedap dan senang pula di makan kerana tulangnya telah saya buangkan…

Samada orang lain pernah memasak begini atau tidak saya tidak tahu…tetapi cubalah Ikan salai masak lemak rekaan saya ni….

Resepi Cencaru Salai Lemak

2 ekor ikan cencaru
1/2 inci halia  ( di hiris/ditumbuk)
5-10 biji cili padi ( ikut kepedasan yang di ingini)
3 ulas bawang merah (dihiris atau di tumbuk)
2 ulas bawang putih ( ditumbuk)
2 cawan santan ( saya guna 1 cawan  susu cair + air )
1-2 keping asam gelugur ( bergantug pada saiz)
Daun ketumbar ( dipotong2)
daun bawang ( hiasan)
sedikit minyak
garam
perasa ( jika suka)
1 btg serai – dititik

Cara penyediaan

1. Grill /salai ikan cencaru yang telah dibersihkan. Kemudian ambil isnya sahaja.
2. Tumis bahan tumbuk/hiris hingga wangi, kemudian masukkan ikan, serai ,santan, cili api dan asam gelugur.
3. Kacau hingga kuah mendidih. Sesuaikan rasanya taburkan dengan daun ketumbar, Kacau sebentar.
4. Tutup api. Hidangkan dengan daun bawang yang di potong.

* cili api tu masukkan sebiji-sebiji, dititik atau di potong – bergantung pada anda.


Kad Hari Ibu Yang Shahdu Dan Sempoi!!

May 10, 2010

Wah wah wah! Saya pun tidak ketinggalan dapat kad ucapan sempena Hari Ibu daripada anak perempuan saya !!…..Sahdu dan sempoi je kad ucapan tu!! Siap ada luahan perasaan lagi!!

Sebenarnya anak saya ada bertanya saya seminggu yang lalu, yang kelakarnya dia tanye saya, nak hadiah apa sempena hari ibu ni!! Saya pun menjawab saya nak kan kad ucapan sahaja…… tetapi tak mau yang beli… saya nak kad yang di buat sendiri!!! Tak cantik pun tak apa…. yang penting adik Anis ( saya panggil dia adik Anis ) mesti buat sendiri!! Dia senyum… dan lihat hasilnya!!  Ade bunga rose dan Cupcakes yang kami buat semalam!!! Suke suke suke……..

Nak tengok tak  Kad Hari Ibu hasil tangan anak saya… semasa anak saya berumur 6 tahun ( sekarang 12 tahun )!! Tengoklah kat bawah ni…. comel tak!!

Tengok pulak apa yang dia tulis di dalamnya…..

Kad ni saya  terjumpa semula bila saya mengemas bilik 2 minggu lalu… saya membacanya dan tiba-tiba ada sedikit sentimen yang menyentuh perasaan di jiwa saya…. Ayat dia tu yang membuat saya tak tahan!! Mamalah ratu idaman adik!!!! Sahdu!!!!!!

Kad ni akan saya simpan…. dan tunjukkan padanya bila dia dewasa nanti…. Mesti dia ketawa berdekah-dekah melihat kad hasil buatannya tu….. Saya akan nantikan saat tu…. Anyway buat anak perempuan saya.. ! love you so much.. Muahhh!!!!

Selamat Hari Ibu

May 10, 2010

mother's day myspace orkut comments

Sempena menyambut hari ibu sedunia ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari ibu semoga setiap insan yang bergelar ibu di dunia ini dirahmati dan disayangi Allah dan dimasukkan ke dalam syurga! InsyaAllah……

Buat Ibu Yang kukasihi Sinah Binti Diri dengarkanlah doaku….

Ya Allah!… kau ampunkan segala dosa-dosa ibuku… panjangkanlah umurnya, murahkanlah resekinya…Sihatkanlah tubuh badannya…Kabulkanlah segala keinginannya…Jauhkanlah dia dari segala kesusahan di dunia dan di akhirat….berikanlah dia segala kebahagian dan kegembiraan sepanjang sisa hidupnya…

Ya Allah!.. Syurgalah hendaknya buat ibu ku yang sangat ku kasihi!!…..Amin!!
Selamat hari ibu!!

Vanilla Cup Cake ( Kek Cawan Vanilla )

May 7, 2010

Bersemangat betul hari ni nak buat cup cake! Dari Semalam lagi saya shopping bahan-bahan nak buat cup cake di Giant dari tepung, butter, cawan kertas dan acuannya sekali. Bukan apa actually dah lama benar saya teringin nak buat cup cake. Tetapi baru hari ni terlaksana…. saya tak suka makannya kerana cup cake kaya dengan gula dan lemak!! Ngeri betul nak makan…… Tetapi oleh kerana teruja kerana ramai kengkawan dah pandai buat cup cake yang sangat ‘meletup’ hiasannya, saya buat jugalah!! Tu pun sebab  jelous melihat mereka yang dah mula ambik tempahan dan buat business!!!

Actually  bukannya susah pun buat cupcake ni…. saya buat perasa vanilla je kerana ia simple…. Tapi kalau boleh gunakan butter yang berkualiti kerana rasanya akan lebih sedap dan wangi!! Saya guna brand Buttercup….. Walaupun mahal sikit tapi meletup dan sedap!!

Saya hias guna kaler hijau je ( kaler kesukaan saya) sebab saya tak suka banyak sangat kaler pada cup cake ni… semak!! Tapi tulah… baru je nak mempertajamkan skill menghias cup cake, anak perempuan saya pula beria-ia dan bersemangat pula mahu menghias… So Inilah hasil tangan saya dan anak perempuan saya!!

Resepi asal dari Anna Olson…. tapi saya bagi dua dari sukatan asal!! dapat dalan 15 biji cupcake!! Hati ini masih bersemangat nak buat cupcake lagi… saya akan buat cupcake perasa coklat pula esok!!! Huhuhu……

Resepi Vanilla cup cake ( Resepi asal Anna Olson)

1 cawn butter
1 – 1 1/3 cawan gula
6 biji telur
3 cawan tepung
1 sd baking powder
1 susu kecil garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh  essen vanilla

Cara penyediaannya

Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup.
Pukul gula dgn butter hingga kembang
Masukkan telur satu per satu.
Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam.
Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar  selama 18 – 20 minit.

Utk frosting

1 ½ cawan butter
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)

Caranya

Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.
Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.

Lamb Chop Dengan Coleslaw Dan Mashed Potato

May 7, 2010

Hari ini kami panggang lamb lagi….  Anak-anak memang suka dengan western food….Main order je bila teringin!!… so mama dialah yang menyinsing lengan baju memarinate daging lamb, membuat sos lamb chop, merebus kentang untuk membuat kentang putar dan memotong sayur kobis untuk membuat coleslaw…

Biasanya saya memerap daging lamb ni semalaman. … biar rempahnya meresap sebati ke dalam daging. Rempah perap terpulang kepada anda. Untuk kali ini saya guna lada hitam, sos tiram, sos tomato dan bawang putih . Resepinya seperti di bawah

Resepi Sos Perap untuk Lamb

4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

Sementara memerap daging boleh siapkan kentang putar atau mashed potato. Resepinya boleh didapati di sini. Resepi asalnya saya cedok  dari rancangan Naked chef ( Jamie Oliver) tapi saya ubah suai sikit kesuaian.

Resepi Coleslaw

Bahannya

1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar ( option)

Cara penyediaan

1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

Last sekali boleh sediakan untuk sos lamb chop!.

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Kentang putar dah siap, sos lamb chop dah siap, coleslaw pun dah siap…. tunggu apa lagi… grilllah daging lamb hingga masak. Kemudian hidangkanlah panas–panas dengan bahan-bahan  yang telah disiapkan tadi. Selamat memasak Lamb Chop!!

Ayam Masak Kicap

May 3, 2010

Lama betul tak masak ayam masak kicap. Entah mengapa hari ini teringin pula rasa hati ini nak memasaknya. Actually ayam bukanlah kegemaran saya. Tapi anak-anak masih tetap sukakannya. Apalagi dimasak kicap. Rasanya sedap, tidak pedas dan manis-manis sikit menjadi pilihan anak saya.

Tetapi ayam kicap yang saya buat ni versi ringkas dan mudah sahaja kerana saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk ke dapur. Versi Ayam masak kicap yang kompleks,  saya akan di masak pada hari raya sahaja kerana hari raya adalah hari yang special. So Ayam yang di masak pada hari raya mempunyai ramuan yang lebih sikit……..

Apa-apapun enjoy resepi ayam masak kicap ni. Simple dan sedap!…….

Resepi Ayam masak kicap

1 ekor ayam ( di potong 12 dan di bersihkan)
1 -2 labu bawang besar ( ikut saiz) – di hiris
1 inci halia  (di tumbuk/ dihiris)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai ( di titik)
10 biji cili padi ( di masukan pada masakan sebiji-sebiji)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 pokok daun ketumbar( di potong)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis ( saya guna kicap jalen atau kipas udang – boleh tambah jika suka)
Sedikit serbuk kunyit dan garam ( untuk goreng ayam)

Cara Penyediaannya

1. Ayam di gaul dengan serbuk kunyit kemudian di goreng hingga tiga suku masak. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan tumbuk dan di hiris ( bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga layu.
3. Masukkan serbuk lada putih, kicap, cili padi dan sos tiram. Boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. bila mendidih masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Masak seketika hingga kuah pekat.
4. Sesuaikan rasa. Sebelum di angkat masukkan daun ketumbar barulah di angkat dan dihidangkan.

Kacang Kuda Rebus

May 2, 2010

Kami sekeluarga memang amat menggemari makan kacang… lebih-lebih lagi kacang rebus! Tak kiralah samada kacang tanah atau kacang kuda yang direbus. Kacang yang direbus lebih sihat berbanding dengan kacang yang digoreng. Ramai yang menghindari kacang sebab takut jerawat naik, tapi hakikatnya kacang adalah makanan yang sangat kaya dengan vitamin B.

Saya suka menyediakan kacang kuda rebus ketika nak pergi berpiknik. Makan kacang ni sambil bersembang-sembang dengan cik abang sambil menatap laut atau air terjun memang best.

Cara nak menyediakannya senang saje!. Rendam dahulu kacang ni semalaman supaya ia kembang. Esok paginya bolehlah di rebus hingga lembut. Jangan lupa masukkan sedikit garam agar ia tidak terlalu tawar.

Kalau nak kelainan  (Indian style) boleh tumis dengan bawang besar hiris, cili kering yang dipotong-potong, biji sawi, daun kari dan sedikit serbuk kunyit. Masukkanlah kacang yang telah direbus tadi, goreng seketika! bolehlah di angkat dan di hidangkan.Kali ni saya tak buat kerana saya lebih suka yang kosong saja!!

Pulut Panggang

April 28, 2010

Sedapnya minum petang dapat makan secawan teh bersama pulut panggang. Sebenarnya saya kurang menggemari kuih yang manis-manis dan pulut panggang ini menjadi pilihan kami sekeluarga. Walaupun ia agak berat dan mengenyangkan tetapi pulut panggang ini tetap menjadi favorite kerana keenakkannya.

Enjoy…..

Resepi Pulut panggang

2 cawan pulut (rendam  sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa
Daun pisang
stapler/lidi dipotong memanjang
Minyak utk mengoles

Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut. Sementara mengukus bolehlah sediakan serunding untuk inti pulut panggang.

Resepi Serunding

2 cawan kelapa parut
3 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
5 biji cili kering ( direndam)
2 sudu besar  udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa
1/2 sudu jintan manis dan jintan putih ( option)

Rasa penyediaannya

1. Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, udang kering, jintan manis hingga halus.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan kekapa parut, serbuk cili dan air asam jawa.
3. Kacau dan masak atas api hingga kering.
4. Bila telah kering sejukkan dan bolehlah sediakan pulut panggang.

* Sebelum membungkus layurkan daun pisang diatas api terlebih dahulu untuk melembutkan daun pisang tadi .
** kemudian lap dengan tuala bersih, selepas itu oleskan dengan sedikit minyak, barulah digunakan untuk membungkus.

*** Grill pulut yang telah dibungkus di atas api selama 10 minit. Bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Asam Rebus Ikan Kembung

April 21, 2010

Kebelakangan ini saya memang agak sibuk ….. tetapi tugas memasak harus diteruskan juga kerana ada 3 orang insan yang harus saya jaga perutnya!!  Bila dah sibuk tu, sudah tentu saya akan menyediakan menu yang paling senang untuk disiapkan!. Seperti lauk  asam rebus ikan kembung.

Asam rebus kali ni lain sikit saya! cuba campurkan 3 biji tomato kisar sebagai salah satu ramuannya. Anak saya memang tak suka makan buah tomato dan saya terpaksa mengkreatifkan otak saya ni agar mereka mendapat khasiat Likopene yang  terdapat didalam buah tomato.  Likopene  sangat baik dan berfungsi untuk mencegah dari mendapat penyakit kanser.

Hasilnya sangat memuaskan! Rasa asam rebus saya sangat enak dan sudah pastinya berkhasiat apa lagi bila anda taburkan sedikit daun ketumbar… rasanya ala-ala tomyam gitu….

Selamat mencuba menu yang senang ni………………….

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung

Bahan-bahannya.

6 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
3 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci kunyit
5 biji cili padi merah ( boleh ganti dengan cili merah jika tak suka pedas)
daun ketumbar
3 keping asam keping atau 3 sudu besar jus limau
garam, gula dan sedikit perasa.
1 batang serai ( option)

Cara penyediaan

1. Kisar buah tomato bersama bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi.
2. Satukan ikan, asam gelugur, serai, sedikit air dan bahan kisar dalan sebuah periuk. Masak di atas api.
3. Sesuaikan rasa garam, gula dan perasa dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.
4. Taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.

Enjoy……..


Kerabu Kerang Dengan Pucuk Paku

April 20, 2010

Ni satu lagi jenis kerabu. Kerabu jenis ini dikenali juga dengan panggilan Kerabu Tok. Saya dah beberapa kali membuatnya dan ianya menjadi kesukaan keluarga saya!

Bersemangat je husband dan anak-anak saya makan tengahari berlaukkan kerabu kerang ni. Lawan pulak dengan ikan bakar cicah air asam dan nasi panas-panas…. Makan pun dah tak toleh kiri dan kanan lagi. Layan giler….

Enjoy!

Resepi Kerabu Kerang  Dengan Pucuk Paku

Bahan A

200 g Kerang
50 g pucuk paku
20 g taugeh
20 g kacang panjang

Bahan B

20 g Udang Kering
4 biji cili padi atau cili merah
1 batang serai
10 g belacan
1 cm lengkuas
1 biji bawang merah

Bahan C

50 g santan
30 g kerisik
20 ml air asam jawa
garam

Cara penyediaan

1. Kisar semua bahan B.
2. Satukan bahan A,B dan C hingga rata.
3. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Ikan Tongkol Goreng Berempah

April 20, 2010

Biasanya kalau masak ikan tongkol keluarga saya lebih suka ia di goreng saja, tapi kali ini saya masak lain sikit. Saya goreng kemudian di tumis dengan rempah kari pula…. Sedap di makan dengan nasi panas-panas……

Resepi Ikan Tongkol Goreng Berempah.

1 ekor ikan tongkol sederhana besar ( dibuang perut, dibersihkan dan di potong)
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk kunyit
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu besar sos tiram
5-6 biji cili api ( sebiji-sebiji atau di potong)
1 sudu makan jus limau kasturi
Sedikit gula
Daun Ketumbar
Tomato ( dipotong)

Cara penyediaannya

1. Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit kemudian di goreng. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi.
3. Kemudian masukkan sedikit air dan serbuk kari, kacau hingga mendidih.
4. Masukkan sos tiram, jus limau, gula, buah tomato, daun ketumbar serta ikan yang telah digoreng tadi.
5. Sesuaikan rasa dan angkat.

Bubur Pulut Hitam

April 20, 2010

Tiba-tiba teringin benar saya, menikmati bubur pulut hitam dessert kesukaan saya…  Sedap sangat di makan panas atau sejuk dengan kuah santan pekat. Walaupun orang lain tak boleh makan banyak sebab ia agak muak… tapi saya pula boleh makan banyak dan  berulang-ulang hingga kenyang… Malam ni tak payahlah saya makan nasi!…..

Resepi Bubur Pulut Hitam

3 cawan beras pulut ( direbus dengan secukup air hingga lembut dan pekat)
3/4  cawan gula  ( boleh tambah atau kurang ikut kemanisan yang di inginkan)
1  cawan susu cair

Cara penyediaannya

1. Satukan beras pulut yang telah direbus hingga lembut, susu cair dan gula.
2. Kacau dan masak hingga rata kemudian sesuaikan rasa dan angkat.

Untuk Kuah Santan.

1/2 biji kelapa parut
2 cawan air panas suam
secubit garam

Cara penyediaannya

1. Satukan dan kisar kelapa parut dan air suam  di dalam blender.
2. Perah dan ambil pati santannya.
3. Hidangkan bersama bubur pulut hitam tadi
4. Selamat menjamu selera!!

Nasi Ayam Ala-ala Hainan

April 13, 2010

Saya dah lama teringin nak masak nasi ayam hainanse. Biasanya saya makan di luar je kalau tekak rasa teringin. Nasi  ayam yang saya wat ni bukanlah ori tapi ala-ala hainan je. Ada step yang saya tak ikut seperti masukkan ayam dalam air yang berisi dengan ais kerana anak-anak dah tak sabar nak makan. Lepas saya rebus ayam tu, perap seketika ayam tu dengan minyak bijan, dan rempah kemudian di bakar dalam oven untuk untuk garingkan kulitnya.

Sekeluarga  dah kelaparan… kami layan dulu!

Resepi Nasi Ayam Hainan ( Yang Ori )

Untuk Ayam

1 ekor ayam sederhana besar
1 1/2 inci halia ( dipotong/di ketuk)
5 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1 periuk air
1 kiub pati ayam ( jika suka)
sedikit garam
minyak bijan secukupnya untuk memerap.

Cara membuatnya

1. Masukkan halia, bawang putih, garam dan kiub ayam dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
2. Masukkan Ayam dan masak selama 40-45 minit  (ikut saiz ayam).
3. Keluarkan ayam, masukkan ia dalam besen yang berisi air yang bercampur ais dan rendam selama 20 minit. Tujuanya adalah supaya ayam tadi tidak kering dan akan menjadi lembab ketika dipotong dan dimakan.
4. Keluarkan ayam dan lumurkan dan perap dengan minyak bijan. Ketepikan dahulu.
5. Bila sampai masa menghidang boleh di potong-potong dan di hidangkan dengan nasi ayam dan sos/sambalnya.

** Stok ayam di bahagi 2. Separuh untuk sup dan separuh lagi untuk memasak nasi.

*** Versi saya lepas rebus, saya perap dengan minyak bijan, sos tiram, kicap manis, garam, halia, dan bawang putih kemudian bakar seketika dalam oven ( last minute tekak saya nak makan ayam yang di grill pulak). Bakar tak perlu lama kerana ayam telah pun di masak…. cuma nak kulit ayam nampak garing dan gelap je…..)

Resepi Nasi Ayam

4 cawan beras
6-8 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar majerin/minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis (option)
daun pandan ( option)

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya ( untuk jaga kesihatan).

Untuk Kuah cili

6 batang cili merah
2 biji buah tomato
3 ulas bawang putih
1  inci halia
4-5 sudu besar cuka atau jus limau
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam
sedikit air masak

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur.
2. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Resepi Sos Halia

2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2-3 sudu jus limau

Cara penyediaannya

*Tumbuk halia dan bawang putih kemudian masukkan semua bahan lain. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Untuk Sos Hitam

3-4 sudu besar kicap cair
1 cawan stok ayam
1 sudu teh gula
1 sudu makan minyak bijan
perasa.

Cara penyediaannya

1. Satukan semua bahan dan kacau hingga rata. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Puding Roti Berkuah

April 12, 2010

Rasanya belum terlambat untuk saya post resepi puding roti ni. Puding ni saya buat semasa menyambut hari lahir anak perempuan saya. Saya sangat suka makan puding ini. Cara membuatnya juga mudah….. Boleh di kukus atau di bakar dalam oven. Kali ini saya hanya membakar dalam oven sahaja kerana saya agak  malas mengeluarkan alat kukusan saya.

Sebenarnya jika puding roti ini di kukus ia lebih lembab berbanding dengan jika di bakar. Namun begitu boleh sediakan kuahnya agar ia lebih sedap di makan. Lebih sedap jika di makan dengan fruit koktail atau puri buah-buahan. Kami makan dengan puri strawberi untuk mengimbangkan rasa lemak, manis dan masam.

Enjoy….

Resepi Puding Roti Berkuah

10 keping roti keping
2 tin susu cair
3 biji telur
4 sudu besar gula ( boleh tambah jika suka lebih manis)
1 sudu teh vanillla
100 g kismis
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya

1. Potong kecil-kecil roti keping dan letak di dalam mangkuk pembakar.
2. Satukan telur. gula dan  essen vanilla. kacau hingga rata. Tuang susu cair kedalam adunan telur tadi dan kacau hingga gula larut.
3. Masukkan butter kedalam mangkuk pembakar yang berisi roti. Ratakan mentega tadi pada roti dengan menggunakan sudu.
4. Taburkan pula dengan kismis dan last tuangkan adunan susu dan telur ke atas roti. Rendam roti ke dalam susu hingga rata dan bolehlah di bakar atau di kukus. Bakar dalam oven 150 darjah celcius selama 30 -40 minit.
5. Hidangkan dengan kuah/sos kastad dan puri buah-buahan.

Resepi Sos Kastad

2 cawan susu cair
1 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung( di larutkan dengan sedikit air.)
2 sudu makan gula

Cara membuatnya

**Satukan semua bahan dalam periuk dengan api perlahan. Kacau hingga kuah dah mula pekat. Sejukkan dan boleh di hidangkan.

AisKrim Strawberi 3 Rasa

April 12, 2010

Lama betul saya tak update blog ni…. Saya agak sibuk sikit dengan tugas harian. Actually saya baru je lepas shopping di Ikea dan saya sempat juga membeli acuan Ice cream ni. Tak sabar-sabar rasanya untuk membuat ais krim dengan menggunakan acuan ini. Ais krim pertama saya menggunakan acuan ini ialah ais krim strawberi 3 rasa.Sangat mudah membuat ais krim menggunakan acuan ini… anda cuma tuangkan jus berperisa kedalamnya, kemudian bekukan di dalam peti sejuk. Untuk mengeluarkan ais krim dari acuannya, anda cuma perlu rendamkan seketika di dalam air biasa atau lalukan air paip pada luar acuan tadi dan tarik perlahan-lahan…

Selamat mencuba…

Resepi Ais Krim Strawberi

Bahan A ( jus Strawberi)

1/2 jug air masak
1/2 cawan kordial strawberi ( saya guna jenama saujana)
1/2 cawan gula

Bahan B ( Puri Strawberi)

10 biji Buah strawberi
4 sudu besar gula
1 sudu makan tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)

Bahan c

1/2 cawan susu cair
Acuan ais krim  seperti dalam gambar secukupnya ( boleh di beli di Ikea)

Cara membuatnya

1. Satukan bahan A dan kacau hingga larut. Ketepikan.

2. Satukan bahan B Kecuali tepung jagung di dalam periuk, masak di atas api hingga pekat. Bila strawberi dan gula sudah agak pekat masukkan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

3. Tuangkan puri strawberi dalam acuan aiskrim untuk lapisan pertama. Kemudian masukkan air strawberi untuk lapisan kedua dan seterusnya masukkan susu cair untuk lapisan ketiga.

4. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.

Nasi Tomato

April 5, 2010

Walaupun ini first time saya membuat nasi tomato, tetapi saya dapat hasil yang menggembirakan!. Sebenarnya bukannya susah untuk membuat nasi tomato!. Jika anda biasa membuat nasi minyak atau beriani, caranya lebih kurang sama sahaja….. yang membezakannya  cuma di tambah buah tomato kisar dan sos tomato!!.

Saya memasak nasi tomato adalah sempena hari lahir anak perempuan saya yang ke -12 tahun!!. Di samping itu, di meja makan kami ada ayam masak merah (lauk kegemarannya), acar timun, dalca, kek red velvet dan puding roti…. Resepi ayam masak merah, dalca  dan acar sudah saya postkan. Saya akan postkan lain-lain resepi kemudian….

Enjoy resepi Nasi tomato ( yang saya ambil dari majalah rasa)….

Resepi Nasi Tomato

500 g beras basmathi (dibersihkan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit kacang gajus ( option)
sedikit kismis ( option)
Sedikit bawang goreng
2 sudu makan minyak sapi
2 cn kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1 helai daun pandan

Cara membuatnya..

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.
3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.
4. Tanak nasi seperti biasa.
5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar…

Selamat memasak….

Dalca

April 4, 2010

Inilah rupanya sayur dalca yang saya masak bersama nasi tomato di hari lahir anak saya… Saya memang jarang sangat memasak dalca ini, kecuali jika saya memasak nasi beriani atau nasi minyak. Dalca juga sangat sesuai dimakan dengan roti canai atau roti nan. Jika ingin rasa lebih enak jangan lupa bubuh daun ketumbar dan bawang goreng sebagai bahan hiasan. Ia bukan sebagai bahan hiasan sahaja, tetapi dapat menyedapkan rasa kuahnya…

Resepi asal  yang saya ambil dari Myresepi. tetapi saya ubah suai ikut kesesuaian bahan yang ada di dapur saya. Terima kasih kepada Noreen, yang empunya resepi …. Sedap!!

Resepi Dalca

300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
2 batang terung panjang ( potong kecik)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
2 cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa

Cara membuatnya

1. Tumis  daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
2. Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
3. Kemudian  masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak,  sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar…..

Enjoy…

Ayam Masak Merah

April 4, 2010

Ayam masak Merah ni ‘faveret’ my daughter….  hari ni birthday dia dan saya masakkan ayam masak merah kegemarannnya. Disamping tu saya juga memasak dalca dan nasi tomato… Ayam masak merah saya ni tidak terlalu pedas. Saya letakkan tomato kisar sebanyak 3 biji untuk mengurangkan kepedasannya, agar anak perempuan saya dapat memakannya dengan berselera sekali……

Resepi Ayam Masak Merah

1 ekor Ayam ( dipotong dan di bersihkan)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
minyak untuk menggoreng secukupnya

* Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng  masak dan ketepikan. Jangan goreng terlalu masak dan garing kerana ayam anda akan keras dan sukar untuk di makan.

Bahan sambal

10-20 biji cili kering ( boleh adjust ikut citarasa)
1 inci halia
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai ( boleh di kisar sekali atau di titik sahaja)
3-4 biji buah tomato ( kisar dengan sedikit air)
1/2 cawan susu cair
garam, gula, perasa
Daun ketumbar ( tabur )

Cara membuatnya

1. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, serai dan halia.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan tomato kisar dan susu cair, kacau.
3. Sesuaikan rasa dan jika kepekatannya agak sesuai masukkan ayam goreng tadi.
4. Kacau sebati dan angkat. Taburkan dengan daun ketumbar ketika menghidang.

Selamat mencuba!

Acar Timun Dan Karot

April 4, 2010

Acar timun ni sangat sesuai jika di makan bersama nasi beriani, nasi minyak atau nasi tomato. Lauk sampingan yang mesti ada seperti ayam masak merah, kuzi, dalca dan sebagainya. Caranya sangat mudah cuma gaulkan semua bahan dan perap dalam petisejuk selama lebih kurang 1 jam, atau pun boleh check jika karot tu dah tidak berapa keras dan rasa masin,manis dan masamya dah betul-betul meresap kedalam sayuran… dah bolehlah di makan.

Jika anda suka boleh letakkan sedikit hirisan halia. Ia sangat elok untuk kesihatan tetapi saya tidak meletakkannya kerana anak-anak saya tak berapa sukakannya.

Enjoy….

Resepi Acar Timun

1 biji timun ( potpng memanjang)
2 batang karot (potong memanjang)
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis 1/2 cawan)

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk  selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
2. Hidangkan bersama nasi tomato, dalca dan ayam masak merah.

Daging Goreng Kicap

April 2, 2010

Rasanya dah lama saya tidak memasak daging goreng kicap. Makan tengahari ini sedap juga dapat makan berlaukkan daging goreng kicap. Masakan ini sebenarnya ringkas saja dan bahan-bahan yang digunakan pula adalah bahan-bahan yang biasa terdapat di dapur. Saya sangat suka jika ia dimakan dengan nasi panas-panas bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Kalau ada sayur lemak pucuk paku… fuh!!  Apa-apapun selamat mencuba resepi ini….

Selamat  Memasak…

Resepi Daging Masak Kicap

Bahan-bahannya

300 g daging lembu (di bersihkan dan di hiris nipis )
1 labu bawang besar ( dihiris)
1/2 inci halia ( ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil ketumbar biji (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan putih dan jintan manis (ditumbuk)
1 batang serai ( hiris nipis2 dan di tumbuk)
6-10 biji cili padi ( dipatah2kan)
Sedikit lada sulah
4 -5 sudu besar kicap manis
1 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk kunyit, garam,
Buah tomato,
daun ketumbar hiris untuk di tabur

Cara membuatnya

1. Daging di campurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian masak atas api hingga kering airnya. Jika kurang empuk masukkan sedikit air lagi dan masak hingga daging empuk.
2. Setelah daging empuk masukkan sedikit minyak dan masak sedikit agar daging agak garing sedikit.
3. Angkat dan ketepikan daging sementara. Kemudian tumis bahan tumbuk kedalam minyak bekas daging tadi, hingga wangi.
4. Masukkan bawang besar, cili padi, lada sulah kicap dan sos tiram.  Kacau seketika kemudian masukkan daging.
5. Sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan buah tomato dan daun ketumbar.

Cheese Brownies ( Brownies Berkeju )

April 1, 2010

Hari ini saya buat brownies lagi… Saya sangat suka makan brownies kerana ia sangat sedap dan cara menyediakannya pula sangatlah mudah. Kali ni saya combine ia dengan keju. Biasanya brownies ni saya buat berlapis dan bercorak tapi untuk kali ni saya hanya lapiskan sahaja….

Apapun caranya,  brownies ini sangat lazat dan sungguh berkrim kerana ia mengandungi keju!

Resepi Brownies Berkeju

Bahan A

250 g cream cheese
1/3 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula castor ( boleh kurangkan gula jika anda tak suke manis!)
250 g mentega cair
4 biji  telur besar
1 camca teh garam
1 camca teh vanilla

Cara Membuatnya

1. Satukan bahan A  kemudian pukul hingga lembut dan berkrim.
2. Ayak dan satukan tepung, serbuk koko dan garam.
3. Pukul telur dengan gula castor hingga sebati kemudian masukkan mentega cair dan vanilla essen. Kacau lagi.
4. Masukkan campuran tepung dan serbuk koko kedalam adunan mentega tadi dan kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu.
5. Masukkan adunan koko dalam acuan yang sudah dialaskan dengan kertas minyak dan disapu dengan mentega.
6. Selang-selikan  adunan koko dan adunan cheese. Ambil garpu dan putar adunan tadi supaya nampak bercorak.
7. Bakar dalam suhu 180 darjah selama 45-50 minit. (Bila masak, Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong)
**  dalam gambar saya cuma lapiskan sahaja adunan cheese tadi… terpulanglah pada anda…


Kiub Mangga Dalam Susu Berkrim

March 30, 2010

Jika di dapur anda terdapat  buah mangga  dan anda tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan buah mangga tersebut, cubalah jadikan ia satu dessert yang enak dengan hanya mencampurkannya dengan  susu cair dan susu pekat. Sejukkan dahulu sebelum di makan atau boleh dibubuh ais!!  Ia  sangat mudah sekali dan hasilnya pasti tidak menggecewakan anda!! Sangat enak sekali!…..

Resepi asalnya dari Divinetaste namun saya ubahsuai sedikit mengikut bahan yang ada di dapur saya!

Enjoy!!

Resepi Kiub Mangga Dalam Susu Berkrim

Ingredients:

1 ripe mango cubed (preferably alphonso)
½ cup milk or ¼ cup milk+1/4 cup cream
2 tsp sugar or 1tbsp sweetened condensed milk

Method:

Place the cubed mangoes in a bowl. Mix the milk with either the sugar or the sweetened condensed milk, mash a few cubes and mix with the milk to infuse the milk with the mango flavour.  Pour into the bowl. Chill and serve.

You can use chilled milk if you want to eat it instantly.

Ikan Siakap Kukus Ala-Nyonya

March 29, 2010

Terlaksana juga niat saya nak makan ikan siakap kukus. Tapi kali ni saya memasak ikan kukus ini ala-ala nyonya stail. Walaupun ini kali pertama saya memasak ikan kukus dengan cara ini, tetapi rasanya tidak menghampakan. Sos yang dilumurkan pada ikan sangat istimewa kerana terasa bunga kantan dan serainya. Sebelum anda melumurkan sos ini pada ikan, pastikan sos benar-benar telah cukup garam, gula dan masamnya, kemudian barulah dilumukan pada ikan.

Anda yang tak pernah makan ikan kukus ala- nyonya cubalah resepi istimewa ini……

Resepi Ikan Siakap Kukus Ala Nyonya

Bahan-bahannya

1 ekor Ikan Siakap  (bersihkan ikan)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
sos thai secukupnya
jus limau nipis secukupnya ( saya guna 1/2 biji lemon)
garam,gula, perasa secukupnya.

cara membuatnya

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga lumat.
2. Tumis hingga wangi dan pecah minyak kemudian sesuaikan rasa garam dan manisnya.
3. Lumurkan ke atas ikan siakap dan kukuslah hingga masak.
4. Hidangkan dengan nasi panas. Layan!

Mee Udang Berkuah Tomato

March 29, 2010

Makan malam ni malas betul nak makan nasi!! Teringat pula, nak try buat mee udang!!  puas merayap kat laman web terjumpalah banyak resepi mee udang.

Rata-ratanya resepinya lebih kurang sama je! Cuma yang membezakannya cuma kuahnya je…. Ada yang guna keledek lecek untuk pekatkan kuah. Ada pula yang menggunakan kentang yang di lecek, ada pula yang hanya menggunakan sos tomato dan sos cili.

Tapi untuk mee udang kali ini,  saya ubahsuai dengan meletakkankan 3-4 biji buah tomato untuk pekatkan kuahnya. Resepi asalnya dari Mesra.net. Saya sangat suka menggunakan buah tomato segar kerana khasiatnya sangat  baik untuk kesihatan. Untuk mee udang yang berkuah keledek atau kentang lecek, saya akan cuba di lain masa.

Selamat mencuba!

Resepi Mee Udang

600 g mee kuning
600 g udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
3-4 biji buah tomato kisar ( untuk pekatkan kuah)
4  batang sawi
300 g taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
1 sudu makan petis
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara membuatnya

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
3. Setelah naik wanginya masukan, air tomato kisar, air rebusan udang yang telah disimpan tadi. Boleh tambah sedikit air jika kuahnya kurang.
4. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
6. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Ikan Siakap Goreng Bercili

March 28, 2010

Peti sejuk saya dah mula kosong… hari ni bila saya bebelanja, terpaut pula dengan ikan siakap yang baru sampai yang sungguh segar dan sungguh menggiurkan… Plan asal nak masak ikan siakap kukus…. tetapi anak perempuan saya minta saya memasak ikan siakap goreng bercili.

Rasa puas hati makan ikan ini. Rasanya sungguh manis dan isinya lemak dan lembut. Resepi saya ambil  dan adaptasi dari majalah Rasa! Jika anda sudah lama tidak makan ikan siakap, cubalah resepi ini ……

Enjoy!

Resepi Ikan Siakap Goreng Bercili

Bahan-bahannya

1 ekor ikan siakap
2 sudu makan tepung ubi
Minyak secukupnya (untuk menggoreng)
daun selasih
1 biji cili merah ( hiasan)
3 helai  daun limau purut

Bahan A

5 biji cili merah atau cili kering kisar
4 – 6 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
20gm batang ketumbar
4 sudu besar sos cili
2 sudu makan  kicap ikan (sos ikan)
1 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa
(kesemua bahan dikisar hingga halus)

Cara Memasak

1.Sapukan kedua belah ikan dengan tepung ubi dan goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga garing.
3.Apabila garing dan pecah minyaknya, angkat dan tuangkan ke atas ikan yang siap digoreng.
4.Panaskan minyak dan goreng daun selasih,daun limau purut dan cili merah hingga garing kemudian hiaskan di atas ikan tadi.