Skip to content

Kerabu Kerang Dengan Pucuk Paku

April 20, 2010

Ni satu lagi jenis kerabu. Kerabu jenis ini dikenali juga dengan panggilan Kerabu Tok. Saya dah beberapa kali membuatnya dan ianya menjadi kesukaan keluarga saya!

Bersemangat je husband dan anak-anak saya makan tengahari berlaukkan kerabu kerang ni. Lawan pulak dengan ikan bakar cicah air asam dan nasi panas-panas…. Makan pun dah tak toleh kiri dan kanan lagi. Layan giler….

Enjoy!

Resepi Kerabu Kerang  Dengan Pucuk Paku

Bahan A

200 g Kerang
50 g pucuk paku
20 g taugeh
20 g kacang panjang

Bahan B

20 g Udang Kering
4 biji cili padi atau cili merah
1 batang serai
10 g belacan
1 cm lengkuas
1 biji bawang merah

Bahan C

50 g santan
30 g kerisik
20 ml air asam jawa
garam

Cara penyediaan

1. Kisar semua bahan B.
2. Satukan bahan A,B dan C hingga rata.
3. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Selamat mencuba!

4 Comments leave one →
  1. June 30, 2010 1:58 pm

    pakunya kurang bnyak tuh

    • July 1, 2010 3:12 am

      Salam Miko….
      Di tempat saya pucuk paku sukar didapati….tetapi banyak di pasar!! Saya pula jarang pergi kepasar!!! Saya guna apa yang ada!

  2. karenakarina permalink
    October 30, 2010 10:23 am

    Ni jenis kerabu yang selalu boleh beli kat pasar malam kan…… sedap kalau pergi pasar malam tak lupa beli kerabu ni sedap…… lagi2 ada kerang.

    • November 15, 2010 5:40 pm

      salam karena…. memang kerabu jenis ini banyak dijual kat pasar malam atau bazar ramadan!! memang best kerabu ni sebab ada kerang!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: