Skip to content

Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )

May 24, 2010

Bila saje berbelanja barang dapur di kedai runcit tempat biasa, saya tergerak hati nak singgah di Perfect Fresh & Frozen. Nampak daging steak je teringin pulak tekak saya nak makan grilled steak.  Anak saya pun memang sukakan western food. Sudah tentu saya dapat menjimatkan kos jika saya membuatnya sendiri berbanding jika makan diluar. Cara nak membuatnya juga taklah susah, bahkan dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga kerana kami membuatnya bersama- sama.

Anyway saya sangat suka makan steak dengan mashed potato  berbanding dengan kentang goreng. Tapi terpulanglah pada selera masing-masing. Kalau nak resepi mashed potato ada di sini. Manakala kalau nak resepi coleslaw pula resepi lengkapnya pula ada disini.  Bahan-bahan untuk membuat coleslaw boleh di tukar-tukar. Untuk kali ini saya cuma menggunakan karot yang diparut kemudian saya campurkan dengan mayonis dan sedikit sour cream. Untuk resepi grilled steak  dan sos lada di hitam saya sertakan di bawah……

Resepi Grilled Steak

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Selamat mencuba!!!

9 Comments leave one →
  1. May 24, 2010 7:16 pm

    Salam Kak wana, dah saya cuba, makasih bebanyak perasaan adalah sgt bestttt, ada gak gambar saya post kat blog tapi hasil kejadian taklah yang secantik akak buat he…he… saya budak baru belajar, makasih kakkk

    • May 25, 2010 12:21 am

      Wslm….Akak dah singgah dan mengintai masakan Intan…. Berbanggalah juga sebab nampak menjadikk!! Akak pun baru belajar gak!! Kalau ada resepi best tu boleh sama2 kongsi…

  2. edaleen permalink
    January 21, 2011 8:26 am

    salam akak..
    sy dah try resipi black pepper sauce akak,sy masak chicken chop..first time:)…mmg best.Husband kata sedap lg dr kt kedai..tak rugi masak sendiri kan…puas makan..
    tq 4 the recipe..

    • March 5, 2011 11:28 am

      thanks edaleen… sudi try resepi ni… kalau makan kat kedai memang mahal tapi sedap belum tentu sedap kan… masak sendiri lebih puas hati….

  3. November 8, 2011 7:03 am

    salam…mmg sedap…masa raye baru ni try 😉

  4. Nur fatihah permalink
    December 11, 2011 1:31 am

    Sedapnya teringin lah nak mencuba

  5. February 7, 2012 5:20 pm

    nampak cam best jer…nak cuba lah nanti…hubby mesti suka..sblom ni asyik mam kt luar jer…ehehehe

Trackbacks

  1. Grilled Marinate Lamb ( Kambing Panggang Perap ) « Potret Kasih
  2. Grilled Marinate Lamb Chop( Kambing Panggang Perap ) | Potret Kasih

Leave a comment