Skip to content

Ayam Masak Gulai Limau Purut

June 24, 2010

Salam sejahtera pengunjung blog saya yang di kasihi……  Sekarang dah agak dekat dengan bulan puasa… tentu sekarang ramai yang dah start nak ganti puasa….. Saya pun tak terkecuali…… Tapi walaupun berpuasa tugas memasak kena teruskan juga!!! . Tengahari ni sempat juga saya memasak gulai ayam limau purut. Resepi gulai ni  saya belajar  dari emak saya!! Tapi saya tambah daun limau purut kerana saya sangat suka aromanya!! Sungguh sedap  dan wangi jika di letakkan pada gulai. Nampaknya petang ni saya tak perlu sibuk-sibuk nak masak lagi untuk juadah berbuka puasa kerana saya akan berbuka dengan nasi bersama gulai ayam ni……  Cuma saya teringin meminum jus yang segar untuk berbuka  nanti!!!

Resepi Ayam Masak Gulai Limau purut

1 ekor ayam sederhana besar
10 biji cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugur
2 cawan santan atau 1 cawan susu cair
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan kasar dan halus
sedikit garam
sedikit gula ( jika suka)
sedikit perasa ( jika suka)
3-6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan

1. Ayam di potong 8 atau 12 dan di bersihkan dengan sedikit tepung gandum.
2. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, langkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.
3. Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk.
4. Reneh ayam hingga ayam kecut.
5. Masukkan Santan  atau susu cair dan asam gelugur kedalam ayam. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih.
6. Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.
7. Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat.

4 Comments leave one →
  1. June 30, 2010 1:38 pm

    pasti asemnya ngigit bgt di lidah
    jadi pengen

  2. effa permalink
    August 23, 2011 7:11 am

    kak,nk tyer tak pyh tumis ke gulai nie

    • September 28, 2011 5:33 pm

      kalau nak tumis pun boleh… tp kalau tak mau pun tak pe… akak suka ayam di masak terus ngan santan dan rempahnya… nanti ayam dan santan tu akan keluar minyaknya sendiri….

Leave a comment