Skip to content

Berpindah ke Alamat Baru

June 27, 2010


Salam  buat pengunjung-pengunjung blog Potret kasih……

Saya ingin mengumumkan bahawa Blog Potret Kasih kini sudah berpindah ke alamat baru iaitu di……………

http://www.potretkasih.com

Saya akan  update post terbaru hanya pada blog baru saya iaitu di potretkasih.com dan blog yang ada ini akan saya stopkan hingga disini sahaja.

Saya menjemput sahabat-sahabat semua silalah singgah ke rumah baru saya ya. Isi kandungan blog masih tetap sama cuma alamatnya sahaja yang berbeza!!!…… Sudi-sudikan!!!!

Macaroni and Cheese

June 26, 2010


Hari tukar selera…. buat Macaroni and cheese…. atas permintaan anak perempuan saya yang berhari-hari minta saya masak macaroni and cheese ni!!. Puas menggodak internet cari resepi lastly  decide nak guna resepi dari mesra.net!!. Sedap… lemak-lemak gitu!!. tapi saya tak boleh nak makan banyak kerana muak….. Maklum jelah tekak dah biasa dengan nasi goreng belacan ni tiba-tiba nak  tukar ngan cheese pulak!!!! Terkejut beruk anak tekak makcik!!!!

Rasepi Macaroni And Cheese ( sumber : mesra.net )

475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) – (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan

Untuk membuat “bechamel sauce” :

1. Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

2. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

3. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

4. Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau “al dente”. (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

5. Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam “sos bechamel” tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Ayam Goreng Rangup

June 25, 2010


Walaupun sedang berpuasa tapi saya tak cadang nak duduk dapur lama-lama!!. Hari ni ingat nak mengemas rumah yang dah macam tak serupa rumah!!! tongkang pecah pun ok lagi!!! Pagi-pagi dah mengemas dan mengelap dapur, memvakum ruang tamu, mencuci kain baju dan membelai pokok-pokok kat laman rumah!!! Lepas buat semua kerja kepenatan pulak!!! tu yang timbulnya ayam goreng rangup!!!. Anak nak pergi sekolah pun masih belum siap masak!!! Ayam masih lagi dalam kuali…. Anak tengah nak makan pun  sempat lagi curi curi tangkap gambar ayam ni untuk letak kat blog!!!! Hari ni adalah hari yang agak kelam-kabut!!! Tapi okaylah jugak….. Rumah dah bersih!!!!!

Resepi Ayam Goreng Rangup

1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
bread crumb atau serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa atau serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ayam dipotong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum. Bilas dan toskan!
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa.
4. Perap seketika di dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk mengoreng pukul telur. Ambil ayam tadi celupkan ayam tadi ke dalam telur kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti.
6. Goreng hingga keemasan.

Resepi yang simple tapi sedap…….

Tembikai Laici

June 24, 2010

Salam semua… Jemput minum jus tembikai laici buat segarkan tekak yang dahaga…… Alhamdulillah!! Allah memberi rezki yang melimpah ruah pada kita di sini hingga dapat berpuasa dan berbuka  dengan sempurna… Amin!!!

Resepi Jus Tembikai laici

sepotong tembikai
2-3 sudu gula ( manis ikut suka )
1 gelas air masak
3-4 biji buah laici
ais

Cara penyediaan

1. Masukkan tembikai yang telah di potong-potong , air dan gula. Kisar hingga hancur.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Hidangkan dengan laici dan ais

Ayam Masak Gulai Limau Purut

June 24, 2010

Salam sejahtera pengunjung blog saya yang di kasihi……  Sekarang dah agak dekat dengan bulan puasa… tentu sekarang ramai yang dah start nak ganti puasa….. Saya pun tak terkecuali…… Tapi walaupun berpuasa tugas memasak kena teruskan juga!!! . Tengahari ni sempat juga saya memasak gulai ayam limau purut. Resepi gulai ni  saya belajar  dari emak saya!! Tapi saya tambah daun limau purut kerana saya sangat suka aromanya!! Sungguh sedap  dan wangi jika di letakkan pada gulai. Nampaknya petang ni saya tak perlu sibuk-sibuk nak masak lagi untuk juadah berbuka puasa kerana saya akan berbuka dengan nasi bersama gulai ayam ni……  Cuma saya teringin meminum jus yang segar untuk berbuka  nanti!!!

Resepi Ayam Masak Gulai Limau purut

1 ekor ayam sederhana besar
10 biji cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugur
2 cawan santan atau 1 cawan susu cair
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan kasar dan halus
sedikit garam
sedikit gula ( jika suka)
sedikit perasa ( jika suka)
3-6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan

1. Ayam di potong 8 atau 12 dan di bersihkan dengan sedikit tepung gandum.
2. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, langkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.
3. Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk.
4. Reneh ayam hingga ayam kecut.
5. Masukkan Santan  atau susu cair dan asam gelugur kedalam ayam. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih.
6. Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.
7. Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat.

Tomyam Campur

June 23, 2010

Hari ni dah memang dah plan nak masak tomyam….. gara-gara terpandang gambar tomyam yang begitu menyelerakan di dalam majalah Rasa….. Saya memang tak dapat menahan rasa bila melihat makanan yang begitu mengiurkan…. mulalah jiwa dan raga ini tak tertahan-tahan nak memasak!!! Actually tomyam ni merupakan my favorite  (3x) food forever and ever!! Kalau makan kat luar pun saya tetap memilih tomyam sebagai makanan pilihan….. Dari tak tahu memasak tomyam hingga pandai memasak dan saya sanggup belajar semata-mata kerana  terlalu suker kannya…. Sambil menghirup kuah tomyam,  otak saya ni asyik terfikir dan tertanya-tanya siapakah orang yang telah mencipta masakan yang sedap ini!!…….. You all yang berminat nak masak tomyam, layan jer resepi kat bawah….

Opsss! ada tips sikit nak kongsi. Jika anda memasak tomyam  siapkan 1 periuk kuah tomyam  dan daging terlebih dahulu tetapi jangan mencampurkan ayam, udang, sotong dan sayur-sayuran. Potong ayam, seafood dan sayur-sayuran dan simpan dahulu dalam peti sejuk. Nanti…. jika time nak makan baru ambil sedikit kuah tadi ( buat dalam periuk lain), panaskan semula baru masukkan  ayam, seafood dan sayur-sayuran!. Untuk kuah yang asal tu simpan dan panaskan selalu. Boleh tahan 2 hingga 3 hari!!. Satu lagi sebabnya buat macam ni untuk mengelakkan seafood dan sayur tu mengecut jika terlalu lama terendam dalam kuah yang masam tu……bayangkan kalau makan tomyam dengan semua bahan didalamnya kecut-kecut…. tentu tak best dan merosakkan mood nak makan kan!!!!!

Lagi satu…. kalau ada kuah lebih jangan di buang…. masukkan dalam bekas plastik dan bekukan  dalam peti sejuk!! Bila-bila masa kalau nak makan panaskan balik kuah tu…. tinggal bubuh seafood sayur je!!! ha ha ha…. orang malas cam saya ni otaknya memang kreatif!!!! layankan jerrrr!!!

Resepi Tomyam Campur (  adaptasi dari majalah  Rasa )

100g isi ayam  ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.

Ikan Masak Tiga Rasa

June 22, 2010

Semalam baru berbelanja….Peti sejuk penuh!!… pening  pula nak masak apa hari ni… Tapi nampak je ikan dori ni, excited pula saya nak masak ikan masak tiga rasa…. kebetulan ada sebijik  nenas kat dapur yang belum terusik ….. so saya pun layan masak ikan dori ni bersama nenas!!! Plan nak masak  gulai ikan masin dengan nenas tertangguh sebab anak lebih suka lauk yang ni…. Ikut ajelah !!… layan tekak anak-anak!!…..

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

1 ekor ikan ( sembarang ikan pun boleh )
1 labu bawang besar ( saiz kecil)
2 ulas bawang putih ( di cincang / di tumbuk )
1/2 halia ( di potong2)
sedikit daun ketumbar
2-3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan ( sos nampla )
1 batang serai ( dititik ) – optional
1 biji buah tomato
1/4 biji nenas ( di potong )
se potong karot ( potong memanjang)
6-8 biji cili api ( dipotong atau sebiji-sebiji)
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung gandum/ tepung jagung
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ikan di bersihkan kemudian di perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Lumurkan ikan tadi dengan tepung dan goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
3. Angkat ikan tadi hidangkan di dalam pinggan dan sediakan sosnya.
4. Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan halia hingga wangi kemudian masukkan semua sos.
5. Masukkan nenas, cilipadi, karot dan sedikit air.
6. Bila mendidih sesuaikan rasa masam manisnya. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.
7. Angkat dan curahkan sos  di atas ikan tadi…..

Selamat mencuba…

Grilled Marinate Lamb Chop( Kambing Panggang Perap )

June 21, 2010

Hari ini saya panggang lamb sebagai hidangan untuk keluarga tercinta…. Kebetulan adik perempuan saya datang menziarahi kami…. untuk meraikannya, saya menjamu kambing panggang marinate ini!!! Saya memasak lamb ni atas permintaanya yang teringin sangat nak memakan lamb chop. Lagi pun anak-anak saya pun suka sangat makan lamb!. walaupun dah banyak kali membuatnya tapi tak pernah rasa jemu…..sebenarnya resepi lamb saya ni lebih kurang sama sahaja dengan resepi lamb chop saya entri yang terdahulu…. cuma bezanya saya tukar rempah perapnya!!! Saya suka tukar-tukar resepi dan try and error untuk mendapat hasil yang lebih baik….

Kalau yang lepas rempah marinate saya gunakan black pepper,  bawang putih dan sos tiram, tapi rempah perap saya kali ni menggunakan black pepper, jintan dan rosemary, sos tiram  dan bawang putih goreng….. Saya pernah buat pada ayam panggang ( entri sebelum ni ), dan rasanya sangat  marvelesss… so saya try pula pada lamb ni pula… dan rasanya tetap marvelesssss!!!  Berminat nak try???…  resepinya kat bawah…..

Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam boleh check resepi kat sini.… untuk mashed potato boleh check kat sini…..Untuk coleslaw bole tengok resepinya  kat sini. Enjoy!.

Majlis Pertunangan Adik

June 20, 2010

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat bertunang buat adik saya Pertewi Md Yusof bersama pasangannya Mohd Firdaus Ibrahim….Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhir hayat. Majlis diadakan di Kampung saya, Kulai Johor pada Ahad yang lepas… Saya pun baru berkesempatan nak postkan entri majlis pertunangan ni….. Oleh kerana pada hari tersebut saya yang menjadi photographernya so saya sertakan beberapa gambarnya buat tatapan semua…..

Bebarapa gambar hantaran yang sempat saya postkan….

Roti Telur

June 20, 2010

Ni breakfast kami pagi tadi…… simple dan cepat!!! Sesiapa yang diet harap di jauhi makanan ini kerana kandungan telur dan serapan minyaknya agak tinggi!!! Tapi kalau sekali sekala apa salahnya!!! lagipun roti telur ni memang sedap dan senang serta cepat nak disediakan….. dan lagi sangat di sukai anak anak!!. Apalagi dengan kopi susu…. Saya sukerrr…..

Resepi Roti Telur

6 Keping roti sandwich
2 biji telur
1 biji bawang merah
sedikit lada sulah
sedikit garam
2 camca besar susu cair atau susu segar
sedikit minyak atau mentega

Cara Penyediaan

1. Roti sandwich tadi di potong 2 . ketepikan.
2. Pukul telur bersama  bawang merah, garam dan lada sulah hingga sebati.
3. Masukkan susu cair ke dalam telur. Pukul rata.
4. Panaskan minyak atau butter kedalam kuali nonstick. Celup roti ke dalam telur kemudian goreng hingga keemasan.
5. Balikkan dan angkat.

Tauhu Sumbat dengan Kuah Cili Berkacang

June 20, 2010

Inilah  hidangan petang kami sekeluarga…… Tauhu sumbat dengan teh O panas!! Actually tauhu sumbat ni adalah salah satu dari ‘feveret’ kami sekeluarga!. Kami suka kerana ia adalah sejenis kuih muih yang sihat, tidak berat dan tidak manis!!!. Kalau nak tauhu sumbat ni sedap, pilihlah tauhu yang segar…. kalau boleh yang baru sampai,  kerana tauhu ni tak begitu tahan lama dan cepat masam!!! Semua orang tahu yang tauhu ni banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan terutama untuk anak-anak yang tengah membesar….. Kacang soya dapat membantu pembesaran untuk sel-sel otak dan juga dapat menghalang dari penyakit kanser….So apalagi!! makanlah tauhu  sebanyak mungkin…

Resepi Tauhu Sumbat

6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


Resepi Sos Cili berkacang

2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’
2-3  sudu makan cuka

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dam masak hingga pekat sedikit,
2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.

Rosemary Grilled Chicken ( Ayam Panggang Rosemary )

June 17, 2010

Semasa saya menyelak-nyelak buku resepi koleksi lama saya…..  terjumpa pula resepi ni…. nampak mudah dan tak cerewet membuatnya, saya pun terasa ingin mencuba!! memang best resepi ni…. Saya dan anak-anak saya sangat sukakan rasa ayam ni!! Rempah perapnya marveless…… wangi dan enak sekali!!! Saya rasa inilah rempah perap yang terbaik dan tersedap yang saya pernah cuba!!!! Rasa rempah rosemarynya tidak terlalu kuat, sangat seimbang dengan rasa lada hitam dan jintannya!!!. Kalau nak lebih sedap peraplah semalaman dalam peti sejuk!. Esoknya  bolehlah di bakar. Kalau nak ayam kelihatan lebih gelap bubuhlah brown sugar atau gula perang. Saya tak bubuh kerana kehabisan brown sugar dalam dapur saya. Saya gantikan dengan gula biasa sahaja. Namun begitu rasanya tetap best!!!!!!!

Resepi  Ayam Panggang Rosemary

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Pais Ikan Kembung Dengan Seafood

June 17, 2010

Awalnya saya nak masak pais ikan kembung untuk lauk tengahari ni….. tapi terpandang pula saya udang dan sotong yang tidak di masak-masak sejak  3 minggu lalu….. Saya pun terfikir untuk mencampurkan sotong dan udang  tadi kedalam pais ikan kembung saya!!. Malangnya dalam gambar ikan kembung saya tak kelihatan  sebab duduk kat bawah!! Udang dan sotong pula yang  interfreme lebih sebab duduk kat atas!!!. Anyway cubalah resepi pais ni….. kalau anda makan pais ikan pun dah sedap apalagi jika ditambah seafood!! Marveless ooo….. Semerbak bau daun pisang ni betul-betul merangsang selera!!. Makan dengan nasi panas-panas dan jangan lupa dengan timun dan sambal belacannyer…. Ermmmmmm meleleh air liur!!!!!

Resepi Pais Ikan Kembung Dan Seafood

3 ekor ikan kembung ( apa-apa ikan pun boleh )
10 ekor udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit )
3 ekor sotong ( di bersihkan dan dipotong2)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 inci kunyit
8-10 biji cili padi
1 sudu makan asam jawa ( buang bijinya)
1 sudu makan penuh gula
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa
Daun pisang secukupnya

Cara penyediaannya

1. Tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, gula dan garam hingga lumat.
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan perasa.
3. Kemudian satukan  semua bahan tadi dengan seafood dalam 1 mangkuk.
4. Bungkus seafood dalam daun pisang yang telah dilayur atas api. Klip tepinya dengan lidi atau stepler.
5. Kemudian letakkan dalam tray pembakar atau caserol tahan panas. Bakar  dalam oven selama 1/2 jam, 180 darjah celsius.
6. Kalau tak ada oven boleh bakar atas kuali non stick dengan dapur gas.

Banana Chocolate Cake ( Kek Coklat Pisang )

June 15, 2010

Salam semua… Saya harap pengunjung2 blog saya ceria ceria selalu…. Sebenarnya saya ni baru balik dari kampung saya di Johor kerana meraikan hari pertunangan adik perempuan saya!!….. 4 hari bercuti dan dapat merehatkan fikiran memang best!! Tapi dekat kampung tak rajinlah pulak saya nak godak godak blog saya ni dek kerana kurang privacy!!! Dah balik ke rumah sendiri barulah ada mood nak bukak blog ni!! Sebenarnya kek pisang coklat ni saya buat awal… tapi rasanya belum terlambat untuk saya postkan resepi ni….

Puas merayap kat internet lalu saya terjumpa resepi kek coklat pisang ni…. Macam biasalah dapur saya ni, saya jadikan tempat ekperimen resepi-resepi baru…… terliur bebenor saya tengok gambar kek ni kat sini .  Tentang rasanya?? Mestilah sedap…. Kalau nak sedap buatlah frostingnya!! Kek ni lembut dan lembab. Simpan dulu semalaman barulah dimakan. Anak-anak pasti sukakan kek ni!!!

Resepi ni asal dari Joy Of Baking. Sesiapa suka buat kek dan pastry pergilah  kat blog ni, macam-macam ada!!! Untuk anda yang agak malas nak gi sana saya copykan resepinya…

Resepi Banana Cholate Cake

2 cups  ( 400g) Granulated white sugar
1 3/4 cups ( 245 g) All purpose flour
3/4 cup (75 g) cocoa powder
1  1/2 teaspoons baking powder
1  1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe banana ( about 2 med size bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2  cup (120 ml) milk
1/2  cup (120 ml) corn oil
1/2 teaspoon vanilla extract

Chocolate Ganache Frosting

8 ounces (227 grams)semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon ( 14 g) unsalted butter

Method

1. Preheat oven to 350 degree F (180 degrees C) and place rack in the centre of the oven. Butter, or spray with a non stick vege spray, 9 x 13 inch ( 23 x 33 cm ) pan. Set aside.

2. In a large bowl wrisk together the sugar, flour, cocoa pwder, baking soda and salt. set aside.

3. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.

4. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.

Ganache: Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When ganache has completely cooled. beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.


Grilled Chicken Chop

June 11, 2010

Actually ni first time saya buat Chicken chop. Dah lama teringin nak buat tapi baru hari ni dapat mencuba. Dulu tu macam rasa susah je nak buat kerana ayam tu kena ‘debone’ dulu baru le marinate dengan sos perapnya. Tu yang malas sangat tu….. Bile dah try ni dan rasa tak susah nampaknya permintaan nak makan chicken chop tu bertambahlah!!! Sos perap yang saya guna tu saya wat macam yang biasa saya buat untuk perap lamb chop je…. tapi saya tambah jus halia dan kicap untuk mengurangkan rasa hanyirnya.

Walaupun first time buat tapi daging ayam saya tak liat dan  lembut je ayam tu… nak makan pun senang. Tipsnya jangan guna ayam tua nak buat chicken chop. Pilihlah ayam muda baru dagingnya lembut dan tak liat. Dari segi saiz ayam pilihlah ayam yang sederhana besar. Jangan sesekali pilih ayam bersaiz besar kerana ayam bersaiz besar ni rasanya kurang enak dan dagingnya agak  keras. Semasa marinate ayam ni kalau boleh peraplah semalaman dalam peti sejuk, kerana selain dapat menyedapkan ayam rempah perap dapat melembutkan ayam.

Resepi Grilled Chicken Chop

1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Selamat mencuba!!!

Banana Cup Cake ( Kek Cawan Pisang )

June 10, 2010

Pisang yang saya simpan dalam peti sejuk sebulan lalu, masih belum terusik. Dah lama plan nak buat kek pisang tapi baru hari ni terlaksana. Resepi ni sebenarnya kek pisang biasa. Tapi saya bakar dalam cawan kertas agar senang anak-anak saya nak makan. Kalau tak habis, saya boleh simpan dalam bekas dan masukkan didalam peti sejuk agar tahan lama.

Berbalik pada cerita pisang yang saya simpan dalam peti sejuk tu…. sebenarnya pisang yang telah masak memang tak tahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Tapi ada cara nak buat ia tahan lama. Kopek semua pisang masak yang tak habis makan tu, kemudian masukkan dalam bekas bertutup tadi masukkan 2 -3 sudu penuh gula kemudian leceklah separuh hancur dengan garpu. Tutup dan simpan dalam peti sejuk dan pisang tadi pisang akan tahan lebih lama. Jika ada masa terluang bolehlah gunakan pisang tadi untuk membuat cekodok, apam atau kek. Tentang sukatan gula terpulang nak letak berapa banyak, lebih banyak gula lebih tahan lama. Biasanya saya hanya letak 2 atau 3 sudu besar je untuk 1 bekas sebesar bekas ice-cream.

Inilah rupanya kek yang saya buat ni… sedap dan lembut tau…..Resepinya kat bawah ya…. selamat mencuba!!

Resepi Kek Cawan Pisang

250 g mentega
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan pisang lecek
5 biji telur saiz besar
1/2 soda bikar bonat
1 camca teh vanilla
secubit garam
1/2 cawan kismis ( optional )

Cara penyediaan

1. Panaskan ketuhar 180 darjah celsius.
2. Ayak tepung, soda bikabonat dan garam.
3. Pukul mentega bersama gula castor hingga sebati.  Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.
4. Putar hingga halus kemudian esen vanila dan  pisang lecek.
5. Dengan menggunakan senduk kayu, masukkan kismis dan tepung  sedikit sedikit dan kaup serta balikkan sehingga
adunan sebati.
6. Masukkan kedalam cawan kertas bakar kedalam ketuhar selama 25 minit.

Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas Cicah Air Asam

June 8, 2010

Wah!….. semerbak betul bau ikan bakar saya ni sampai melompat-lompat kucing kat belakang rumah …. Aroma daun lengkuas ni memang menyelerakan.  Sedari kecil lagi saya ‘terlalu’ suka makan ikan bakar….. Tak kira ikan apa sekalipun saya tetap suka…. Tujuan membalutkan daun lengkuas ni sebab nak menerbitkan baunya…. aroma daun lengkuas memang melekat pada daging ikan… tu yang best sangat tu….. Kalau nak sedap, makan panas-panas!! baru terangkat bila di cicah dengan air asam jawa….. Layan gilerrr…..

Resepi Ikan Kembung Bakar Daun Lengkuas

3 ekor ikan kembung (  dibuang perut dan dibersihkan)
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
3 helai daun lengkuas ( atau daun pandan pun boleh )

Cara penyediaan

1. Lumurkan serbuk kunyit dengan sedikit garam.
2. Balutkan badan ikan tadi dengan daun lengkuas.
3. Bakar atau grill atas api sederhana. Saya bakar atas dapur gas je dengan kuali leper non stick.
4. Balikkan dan bila masak boleh angkat dan hidangkan dengan  air asam jawa.

Resepi Air asam Jawa (sos cicah )

1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga  gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.

Sayur Kobis Masak Air ( Bening )

June 8, 2010

Saya sangat suka makan sayur. Cara masakan yang sangat saya suka adalah masak air…… di kalangan orang-orang jawa memanggil masakan ni adalah’ sayur bening’. Bening tu maksud dalam bahasa melayunya adalah ‘ jernih’  atau ‘tenang’. Oleh kerana sayur ni jernih aje rupanya maka ia di panggil sayur bening. Sayur ni sangat sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana cara penyediaannya hanya direbus dan  tidak menggunakan minyak.  Cara membuatnya pun senang sangat, sesuai dengan orang yang tak berapa rajin macam saya……. Kalau masak sayur ni jangan lupa buat sambal belacan dan sedap dimakan  dengan ikan goreng atau ikan bakar.

Resepi Sayur Kobis masak air

1/4 biji kobis bulat.
1 biji karot ( saiz kecil) – potong memanjang
1 sudu ikan bilis yang tlh di buang perut dan di belah dua.
1 biji bawang besar ( dipotong)
1 lt air
sedikit garam
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Satukan air, bawang besar,  dan ikan bilis dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur-sayuran dan sesuaikan rasanya. bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Bahulu Rose

June 8, 2010

Musim cuti sekolah ni, anak-anak saya banyak menghabiskan masanya  dirumah!! Aktiviti yang selalu kami lakukan semasa cuti….. apalagi aktiviti makan-makanlah!! paling kurang pun biskut dan roti mesti ada!!!! Teh panas pun mesti selalu terhidang atas meja!! kan sekarang ni tengan musim hujan…turun naik tingkat atas mesti tanya air teh!!kalau musim panas dulu kami belasah minuman berais je….

Tapi sekarang ni mood ada sedikit rajin…. so saya buatlah bahulu. Kuih ni dulu-dulu saya tak berapa gemarkannya….saya lebih sukakan kek. Tapi sekarang ni terbalik pulak……saya lebih sukakan  kuih tradisional ni berbanding ngan kek… anak-anak saya pun sukakannya!!.

Petua nak bahulu lebih sedap, ringan  dan tahan lama…. sebelum buat jemur dulu tepung dan gula dekat sinaran matahari yang panas. Atau bakar sekejap tepung dan gula dalam oven selama beberapa minit sebelum membuat bahulu. Cara ni mudahlah sikit, tapi tak perfect sangat berbanding dengan jika di jemur. Kerana menjemur tepung ni prosesnya mengering secara perlahan-lahan dan tidak ‘memaksa’.

Teringat masa kecil-kecil dulu kalau time  nak raya, satu kampung menjemur tepung dan gula dalam dulang besar kemudian letak atas bumbung termasuklah emak saya!!!. Zaman sekarang ni tak pernah tengok pulak orang buat macam tu… kecuali jiran sebelah rumah saya berbangsa India yang selalu menjemur rempah ratusnya.

Oklah.. lama pulak saya berceloteh… berbalik pada resepi bahulu ni saya amik kat Myresepi. Tengok je kat sana macam-macam ada!! Kalau malas nak gi sana kerana internet lembab macam internet saya ni saya copi kat bawah ye….

Resepi Bahulu Rose

Bahan-bahan ( Saiz 20cm )

4 biji telur
1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
1 sdt esen rose
1 3/4 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah

Cara Penyediaan

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan esen rose.
3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. ( sy punye dalam 45 minit dah masak)

Ikan Tenggiri Asam Pedas Dengan Nenas

June 2, 2010

Entah nape, hari ni terasa bebenor nak makan ikan tengiri masak asam pedas dengan nenas. Nampak je ikan tenggiri yang segar bugar kat kedai runcit yang selalu kami belanja barang basah, saya terus je sambar. Lepas tu saya beli nenas, daun kesom dan bendi untuk dimasak bersama asam pedas ni….makan tengahari rasa berselera sungguh sampai terlupa lak niat  nak berdiet!! Nampak gayanya  postpone diet lagilah hari ni…. Tak pe diet tu esok lusa pun boleh!!….. Layan asam pedas ni dulu ehh!!

Untuk pengunjung-pengunjung blog saya yang saya kasihi nak makan asam pedas ikan tenggiri bolehlah masaklah sendiri….. Kalau nak resepi asam pedas boleh klik kat sini!!!! Cuma tukar ikan dan bubuh nenas JE!!!

Selamat memasak…..

Sirap Bandung Soda Berlaici

June 2, 2010

Salam semua…. Di harap semua ceria dan gembira selalu!!! hari ni saya agak sibuk sikit!! Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat juga menggodak air sirap bandung soda berlaici untuk famili tercinta!!  Bila minum air sirap bandung ni bersama  ais terasa sungguh segar lebih-lebih lagi bila tekak tu tengah dahaga……

Apa-apaapun cubalah resepi kat bawah!

Resepi Sirap Bandung Soda Berlaici

Bahan-bahan
1 sudu makan Sirap Ros
1 tin Susu cair
150g gula pasir
1 liter Air Soda
1 tin buah laici dalam tin
2 liter air masak.

Cara penyediaan.

1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan sirap ros dan gula.
2. Masak hingga larut dan angkat.
3. Bancuh sirap tadi dengan susu dan soda.
4. Hidangkan dengan laici dan Ais.

Kari Ayam Hijau

May 31, 2010

Dah lama saya teringin nak masak kari ayam hijau…. tetapi selalu saja tertangguh sebab susah gak nak dapatkan bahan bahan penting seperti daun selasih dan terung pipit. Sebenarnya asal kari hijaunya dari negara Thai.  Resepi yang saya wat ni dari restoran Thai  ( nama penuh die…. Restoren Thai Aroi Dee, Palm Garden Hotel Putrajaya….. promo sket).

Biasanya Kari ayam hijau dimakan ngan nasi putih je….. tapi hari ini saya makan dengan nasi minyak pandan yang berwarna hijau….. seperti dalam gambar siap ada acar timun, popedom dan sambal belacan ( atas permintaan suami yang sangat sangat suka makan sambal belacan). Kalau nak resepi Nasi Minyak Pandan, amik kat sini . Kalau nak resepi acar timun boleh check kat sini.

Masa masak kari hijau ni, dapur saya sangat-sangat beraroma hingga menusuk hidung dan membangkitkan selera sesiapa saja yang terbau!! Kerana masakan ni banyak menggunakan bahan yang kuat baunya seperti daun ketumbar, daun limau purut, daun selasih, lengkuas, serai dan lain2. Terung pipit saya ganti dengan terung panjang je kerana saya tak berjaya untuk mendapatkannya. Anyway saya suka kari ni walaupun first time makan……

Resepi asal dari majalah Rasa tapi telah saya ubah suai kerana resepi asal gunakan gram…. saya ni manalah ada masa nak sukat semua bahan2 tu… kalau masak ikut suka suka hati sendirik je….. so layan je resepi kat bawah ni.

Resepi Kari Ayam Hijau

1 ekor ayam sederhana

Bahan A

1 1/2  inci lengkuas
1 inci halia ( resepi asal tak letak… tapi saya letak sebab saya fobia bau hanyir ayam)
10 biji cili padi ( boleh tambah atau lebih- ikut citarasa )
6 -12 biji cili hijau
1 biji bawang besar ( saiz besar)
4-5 ulas bawang putih
10 g daun ketumbar ( kisar batang dan akar sekali )
2 batang serai
5 gm belacan ( saya letak sikit je… dalam 1/4 inci )
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Bahan B

20 gm Daun salasih ( nama lain- Thai basil) – dalam 10 helai je dah cukup!!
3 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang ( potong 1 1/2 inci)
50 g terung pipit
500 g santan kelapa
2 sudu teh sos ikan ( jika suka)
1 sudu teh gula
sedikit garam
1/2 kiub ayam

Cara Penyediaan

1. Kisar  atau tumbuk lada putih, biji ketumbar dan jintan.
2. Kemudian campurkan dengan bahan A dan sedikit air. Kisar hingga hancur.
3.  Satukan ayam  dan bahan A yang telah di kisar serta sedikit air dalam periuk. Masak hingga ayam 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan Bahan B kecuali daun dan sayur-sayuran kedalam ayam tadi.
5. Kacau hingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
6. Sesuaikan rasa garamnya, kemudian masukkan sayur-sayuran.
7. Angkat dan hidangkan.

Nasi Minyak Pandan

May 30, 2010

Hari ni cuti… biasanya hari cuti ni bila tak keluar jalan-jalan, inilah peluang nak mencuba resepi-resepi baru… Kali ni saya try wat Nasi minyak pandan!. Resepi asalnya dari majalah Rasa. Tapi saya dah ubah suai sepenuhnya ikut kapasiti isi rumah saya!!! Walaupun ni first time try tapi menjadikkk! dan kami makan bersama Kari Ayam hijau, acar timun, popedom dan sambal belacan!! Marvelessss!!!

Resepi Nasi Minyak Pandan

3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu minyak sapi
1/2 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 – 4 biji bawang merah (dihiris)
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bawang goreng
daun ketumbar
1/2 kiub ayam
1 sudu makan garam
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan

1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan dalam rice cooker. Masukkan  secawan air kedalam beras tadi dan rendam seketika.
2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan hiris, kiub ayam,  kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air kedalam tumisan.
5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.
6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.
7. Tekan ON pada rice cooker, dan masaklah nasi seperti biasa.
8. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau keatas nasi. Kemudian tutup periuk nasi hingga masak.
9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Daging Goreng Berempah

May 27, 2010

Bila buka peti sejuk, cuma ada daging lembu je… So kat kepala saya dok mikir menu apa nak saya masak lak kali ni….. Sudah tentu saya pilih resepi yang senang dan bahan-bahannya sedia ada kat dapur!. Daging goreng berempah ni ‘feveret ‘  husband saya… kalau saya masak daging goreng ni mesti dia akan kata … best!!!!.

Apa-apapun selamat mencuba resepi ni….

Resepi Daging Goreng Berempah

250 g daging Lembu (di potong2)
1 labu bawang besar ( saiz kecil )
1/2 inci halia ( dihiris)
1 biji cili merah ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 biji tomato ( potong 6)
daun bawang ( dipotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
sedikit garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak

Cara membuatnya

1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk  di keringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan  serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan

Ikan Dori Goreng Tepung Bersos Cili

May 26, 2010

Saya paling suka masak ikan dory…. Sebabnya saya tak payah susah-susah siang ikan ni…. cuma defrost dan terus masak je. Lagi pun ikan ni sangat sedap dan senang nak makan sebab tak ada tulang yang sangat di geruni oleh anak perempuan saya….. sampai sekarang anak  saya tak berapa suka makan ikan sebab takut  tulang…. reason tu di guna pakai dari dia masih kecil hingga sekarang!! Saya pun dah tak tau nak wat cam mana lagi sehingga lah saya bertemu dengan ikan dori ni….

Tapi kali ni saya memasak ikan dory simple je… saya goreng dengan tepung dulu kemudian baru saya curahkan dengan sos! Sedap, tak pedas sangat dan sangat sesuai untuk insan- insan yang takut tulang seperti anak perempuan saya……………

Resepi Ikan Dori Goreng Tepung Bersos Cili

2 keping ikan dori
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 -2 sudu makan tepung gandum
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan.
2. Kemudian celupkan ikan pula dalam tepung gandum.
3. Goreng Ikan hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
4. Sediakan sos.

Untuk Sos

1 biji bawang besar ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 biji cili kering ( digunting nipis2)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan ( option)
1 biji buah tomato ( potong 6)
daun bawang ( dipotong)

Cara penyediaannya

1. Tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Masukkan semua sos dan sedikit air. Kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Sesuaikan rasa. Masukkan tomato dan daun bawang. Tutup api dan curahkan atas ikan.

Meehoon Sup ( Bihun Sup )

May 26, 2010

Bila anak tekak dah terlalu jemu makan nasi, pilihan yang paling tepat adalah mihun sup….. Meehoon sup ni dari dulu sampai sekarang my ‘feveret’  dan sampai bila-bila pun ia tetap menjadi my’ feveret’ food!!  Saya sendiri pun tak tahu mengapa saya sukakannya…..

Kalau ada tetamu datang kerumah saya pun, saya suka sangat menjamu mereka meehun sup. Mungkin juga sebab ia senang nak disediakan dan cara membuatnya juga tak banyak kerenah!!!! Biasalah, orang yang tak berapa rajin macam saya ni, jika buat sesuatu suka  benda yang senang-senang je…..Sebab tetamu saya selalu kata ” Buat susah-susah je!”, bila saya mula menghidang makanan. Dan mulut saya cepat menjawab ” Eh tak lah…. saya buat yang senang-senang je!!!!. Hah baru tau…….

Anyway saya minta maaflah sebab gambar yang saya ambil tak berapa cantik….. saya tak mekapkan model saya tu cantik cantik…… sebab dekat kepala saya ingat nak makan je…… Saya ambik gambar ni kat pinggan yang kami nak makan! tu yang nampak selekeh bebeno……Tapi kira halallah… janji ada gambo!!

Kalau makan Meehoon sup tu, jangan lupa sambal kicap…. bagi saya ni kalau makan mihun sup, tak ada sambal kicap baik tak payah makan!!! Sambal kicap ni suatu yang sangat penting! bila makan baru berpeluh2!!

Kalau nak resepi boleh amik kat bawah!!

Resepi Bihun Sup

1 bungkus Mihun
100-200 g taugeh ( celur )
Daun sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Fish cake/ fish ball ( di potong dan di goreng) – option

Cara membuatnya

1. Rendam bihun  hingga lembut.
2. Celur bihun dalam air panas.
3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap.

Untuk Sup Ayam

1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan)
5 -6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia ( ikut saiz)
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
3 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
4 biji pelaga
1 sudu besar rempah sup ( serbuk)
1 sudu makan rempah kurma (option –  jika suka sup lebih berempah)
garam
sedikit perasa/kiub ayam – option

Cara penyediaan

1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya.
3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk.
4. Sesuaikan rasanya. Tutup api.
5. Keluarkan ayam. Siat kecil2 isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi.
6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, Reneh dengan api perlahan.

Untuk Sambal kicap

10-20 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar kicap manis ( boleh tambah jika pekat sangat)

Cara penyediaan

1. Tumbuk lumat cili padi, bawang putih, garam  gan gula.
2. Masukkan kicap manis dan kacau sebati hingga gula dan garam benar2 larut.
3. Hidang kan bersama bihun celur, kuah sup dan bahan2 lain.

Daging Lada Hitam Bercili

May 25, 2010

Hari ni agak sibuk sikit….. ni je yang sempat saya masak untuk famili tercinta…. walaupun sekarang ni mood nak memasak agak menurun hingga di tahap melampau, tapi diri ini mengagahkan jua jiwa dan raga untuk memasak…. Oklah jugak…. janji masak!!!!!

Resepi  Daging Lada Hitam Bercili

200 g daging lembu
1 labu bawang besar ( potong bulat)
3 biji cili kering ( digunting nipis2)
2 ulas bawang putih ( dihiris)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato ( potong 6)
sedikit minyak masak

Cara Penyediaan

1. Masak daging hingga kering air dalam kuali. Jika daging keras sila tambah air dan masak semula hingga empuk.
2. Jika daging sudah empuk masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng seketika.
3. Masukkan bahan2 hiris ke dalam daging tadi.
4. Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram serta kicap manis.
5. Tambahkan sedikit air kemudian masukkan buah tomato.
5. Sesuaikan rasa dan angkat!.

Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )

May 24, 2010

Bila saje berbelanja barang dapur di kedai runcit tempat biasa, saya tergerak hati nak singgah di Perfect Fresh & Frozen. Nampak daging steak je teringin pulak tekak saya nak makan grilled steak.  Anak saya pun memang sukakan western food. Sudah tentu saya dapat menjimatkan kos jika saya membuatnya sendiri berbanding jika makan diluar. Cara nak membuatnya juga taklah susah, bahkan dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga kerana kami membuatnya bersama- sama.

Anyway saya sangat suka makan steak dengan mashed potato  berbanding dengan kentang goreng. Tapi terpulanglah pada selera masing-masing. Kalau nak resepi mashed potato ada di sini. Manakala kalau nak resepi coleslaw pula resepi lengkapnya pula ada disini.  Bahan-bahan untuk membuat coleslaw boleh di tukar-tukar. Untuk kali ini saya cuma menggunakan karot yang diparut kemudian saya campurkan dengan mayonis dan sedikit sour cream. Untuk resepi grilled steak  dan sos lada di hitam saya sertakan di bawah……

Resepi Grilled Steak

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Selamat mencuba!!!

Lempeng Pisang

May 24, 2010

Hari ni breakfast dengan lempeng pisang….. hidangan nostalgiaku!!! Rasanya dah bertahun tak wat lempeng pisang!… Teringat zezaman dulu mak selalu buat lempeng pisang buat sarapan padi sebelum saya pergi sekolah! masa tu masih pakai baju gaun biru putih dan rambut tocang dua dan ada pula reben warna biru kat rambut.

Bila mak buat lempeng pisang sayalah orang happy sebab masa tu saya rasa lempeng pisang adalah masakan mak yang paling sedap sekali…. lebih-lebih lagi bila mak taruh banyak pisang dalamnya….. Mak selalu potong kasar kasar pisang tu dan masukkan kedalam tepung ….. bila tergigit banyak pisang….. wah nyamannya!!  nikmat gitu….Tak cukup makan breakfast, bawak bekal lagi……

Tapi hari ni anak saya boleh kan tanya…kuih  apa ni ma??…. Punyalah tak pernah wat lempeng pisang ( ibu apalah saya ni…, anak sendiri pun tak kenak lempeng pisang!!) )!!! terpaksalah saya educate balik anak saya, memperkenalkan warisan keramat ibu saya ni,!, lempeng pisang…………

Nak resepi!!!. Biasanya saya buat lempeng tak guna sukatan pun…. main godak je! Anyway untuk anak-anak yang baru belajar macam anak saya…. saya usahakan jugaklah resepinya!!

Resepi Lempeng Pisang

1  1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong
sedikit butter atau minyak
secubit garam

Cara penyediaan

1.  Satukan tepung, telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
2. Panaskan butter atas kuali non stick…. susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
3. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
4. Balikkan., masak seketika dan angkat!

Ikan Siakap Kukus Halia

May 21, 2010

Buka saje peti sejuk,  terdapat pula seekor ikan siakap beku yang tidak diusik sejak 3 hari lalu dek kesibukan waktu…..ditambah pula dengan kemalasan untuk memasak yang begitu menjadi-jadi akhir-akhir ni… Dah puas memakan masakan yang di beli, teringin pula hati ini nak memasak!! So nampak saja ikan siakap, terasa pula saya nak memakan ikan siakap kukus halia…. bila fikir-fikir balik air tangan sendiri rasanya lebih sedap berbanding dengan makanan yang dibeli… bergantung pada diri sendiri samada rajin atau tidak saja….

Apa-apapun berselera betul kami sekeluarga makan tengahari ni bersama ikan kukus halia ni!! Yummy ( 3 kali )….Nak resepinya kat bawah ya!!…

Resepi IKAN KUKUS HALIA

1 ekor Ikan Siakap – di bersih
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
5-10 biji Cili Padi –  dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 biji Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu makan Air

Cara penyediaaannya

1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.