Skip to content

Ayam Masak Merah

April 4, 2010

Ayam masak Merah ni ‘faveret’ my daughter….  hari ni birthday dia dan saya masakkan ayam masak merah kegemarannnya. Disamping tu saya juga memasak dalca dan nasi tomato… Ayam masak merah saya ni tidak terlalu pedas. Saya letakkan tomato kisar sebanyak 3 biji untuk mengurangkan kepedasannya, agar anak perempuan saya dapat memakannya dengan berselera sekali……

Resepi Ayam Masak Merah

1 ekor Ayam ( dipotong dan di bersihkan)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
minyak untuk menggoreng secukupnya

* Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng  masak dan ketepikan. Jangan goreng terlalu masak dan garing kerana ayam anda akan keras dan sukar untuk di makan.

Bahan sambal

10-20 biji cili kering ( boleh adjust ikut citarasa)
1 inci halia
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai ( boleh di kisar sekali atau di titik sahaja)
3-4 biji buah tomato ( kisar dengan sedikit air)
1/2 cawan susu cair
garam, gula, perasa
Daun ketumbar ( tabur )

Cara membuatnya

1. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, serai dan halia.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan tomato kisar dan susu cair, kacau.
3. Sesuaikan rasa dan jika kepekatannya agak sesuai masukkan ayam goreng tadi.
4. Kacau sebati dan angkat. Taburkan dengan daun ketumbar ketika menghidang.

Selamat mencuba!

No comments yet

Leave a comment