Skip to content

Tauhu Sumbat dengan Kuah Cili Berkacang

June 20, 2010

Inilah  hidangan petang kami sekeluarga…… Tauhu sumbat dengan teh O panas!! Actually tauhu sumbat ni adalah salah satu dari ‘feveret’ kami sekeluarga!. Kami suka kerana ia adalah sejenis kuih muih yang sihat, tidak berat dan tidak manis!!!. Kalau nak tauhu sumbat ni sedap, pilihlah tauhu yang segar…. kalau boleh yang baru sampai,  kerana tauhu ni tak begitu tahan lama dan cepat masam!!! Semua orang tahu yang tauhu ni banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan terutama untuk anak-anak yang tengah membesar….. Kacang soya dapat membantu pembesaran untuk sel-sel otak dan juga dapat menghalang dari penyakit kanser….So apalagi!! makanlah tauhu  sebanyak mungkin…

Resepi Tauhu Sumbat

6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


Resepi Sos Cili berkacang

2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’
2-3  sudu makan cuka

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dam masak hingga pekat sedikit,
2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.

3 Comments leave one →
  1. June 30, 2010 1:52 pm

    kalo di tepungin tahunya kayaknya enak deh

  2. June 24, 2011 6:25 pm

    aku pun adr tauhusumbat tapi bukan makanan tp blog tauhusumbat at http://tauhusumbat.com see you there

Leave a comment