Skip to content

Eating Out

Ini adalah saya gambar sewaktu saya dan family dinner di Khairul Seafood terletak di Saujana Impian Kajang beberapa minggu yang lalu…. Walaupun agak lambat saya postkan tetapi belum terlambat untuk saya komen tetang makanan yang saya order!!

Actually saya memang suka makan di sini…. Harganya sederhana dan masakannya boleh tahan. Bila datang ke sini saya suka makan tomyam dan somtam. Anak-anak saya suke nasi goreng pattaya. Manakala ayahnya suka makan nasi goreng kampung!!

Yang ni Tomyam campur untuk saya. Sewaktu saya makan Tomyam di sini rasanya memang best… tak lokek pula dengai isinya. Harganya dalamRM 6.00 sahaja. Di dalamnya  ada udang, ketam, sotong, daging dan ayam…ermmmm sedappnya …layan gilerr…

Ni pula… nasi goreng pataya untuk anak-anak saya….. Saya tak rasa, tapi anak perempuan saya suka sangat dengan nasi goreng pattaya ni. Harganya rm 4.50.

Ini Tomyam  untuk ayahnya…

Yang ni pula air yang kami order.. Air asam boi dan karot susu! .

Selepas makan duduk bersandar…. tunggu masa berangkat pulang!!

No comments yet

Leave a comment