Skip to content

Mee Udang Berkuah Tomato

March 29, 2010

Makan malam ni malas betul nak makan nasi!! Teringat pula, nak try buat mee udang!!  puas merayap kat laman web terjumpalah banyak resepi mee udang.

Rata-ratanya resepinya lebih kurang sama je! Cuma yang membezakannya cuma kuahnya je…. Ada yang guna keledek lecek untuk pekatkan kuah. Ada pula yang menggunakan kentang yang di lecek, ada pula yang hanya menggunakan sos tomato dan sos cili.

Tapi untuk mee udang kali ini,  saya ubahsuai dengan meletakkankan 3-4 biji buah tomato untuk pekatkan kuahnya. Resepi asalnya dari Mesra.net. Saya sangat suka menggunakan buah tomato segar kerana khasiatnya sangat  baik untuk kesihatan. Untuk mee udang yang berkuah keledek atau kentang lecek, saya akan cuba di lain masa.

Selamat mencuba!

Resepi Mee Udang

600 g mee kuning
600 g udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
3-4 biji buah tomato kisar ( untuk pekatkan kuah)
4  batang sawi
300 g taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
1 sudu makan petis
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara membuatnya

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
3. Setelah naik wanginya masukan, air tomato kisar, air rebusan udang yang telah disimpan tadi. Boleh tambah sedikit air jika kuahnya kurang.
4. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
6. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

One Comment leave one →
  1. ctea permalink
    August 23, 2012 12:39 pm

    petis tu petis apa ya?

Leave a comment