Skip to content

AisKrim Strawberi 3 Rasa

April 12, 2010

Lama betul saya tak update blog ni…. Saya agak sibuk sikit dengan tugas harian. Actually saya baru je lepas shopping di Ikea dan saya sempat juga membeli acuan Ice cream ni. Tak sabar-sabar rasanya untuk membuat ais krim dengan menggunakan acuan ini. Ais krim pertama saya menggunakan acuan ini ialah ais krim strawberi 3 rasa.Sangat mudah membuat ais krim menggunakan acuan ini… anda cuma tuangkan jus berperisa kedalamnya, kemudian bekukan di dalam peti sejuk. Untuk mengeluarkan ais krim dari acuannya, anda cuma perlu rendamkan seketika di dalam air biasa atau lalukan air paip pada luar acuan tadi dan tarik perlahan-lahan…

Selamat mencuba…

Resepi Ais Krim Strawberi

Bahan A ( jus Strawberi)

1/2 jug air masak
1/2 cawan kordial strawberi ( saya guna jenama saujana)
1/2 cawan gula

Bahan B ( Puri Strawberi)

10 biji Buah strawberi
4 sudu besar gula
1 sudu makan tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)

Bahan c

1/2 cawan susu cair
Acuan ais krim  seperti dalam gambar secukupnya ( boleh di beli di Ikea)

Cara membuatnya

1. Satukan bahan A dan kacau hingga larut. Ketepikan.

2. Satukan bahan B Kecuali tepung jagung di dalam periuk, masak di atas api hingga pekat. Bila strawberi dan gula sudah agak pekat masukkan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

3. Tuangkan puri strawberi dalam acuan aiskrim untuk lapisan pertama. Kemudian masukkan air strawberi untuk lapisan kedua dan seterusnya masukkan susu cair untuk lapisan ketiga.

4. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.

10 Comments leave one →
  1. Tiger permalink
    April 13, 2010 12:06 pm

    Terliur giler nengok ais krim ni…. Thanks for the recipe… I will try this…

    • April 13, 2010 12:18 pm

      Ais krim ni sangat sedap dan sangat di sukai oleh anak-anak…. trylah! caranya pun senang je…..

  2. June 28, 2010 12:09 am

    salam kenalan. akak nak mintak izin ni leh ye akak ambik resepi kat sini untuk santapan family akak. best-best resepi.

    Dan akak nak ucap terima kasih kalau tak masuk sini akak tak tau ada icecream maker.

  3. June 28, 2010 12:11 am

    salam perkenalan….nak mintak izin ni nak ambik resepi dari sini untuk main masak2 untuk family.

    dan nak ucap terima kasih sbb kalau tak masuk sini tak tau ada ice-cream maker.

    • June 28, 2010 5:09 am

      Salam kak sina…
      Silakan kak!!! Saya sangat berbesar hati kalau akak mencubanya…… ais krim ni sangat senang dan tak perlukan aiskrim maker!!!anyway nice to know you….

  4. June 30, 2010 1:57 pm

    enak bgt kayankya

  5. October 3, 2010 8:18 am

    kt mane nk dptkn acuan aiskrim tsebut ?

    • October 12, 2010 4:17 pm

      Salam Adda…
      Kalau nak dapatkan acuan tu boleh cari kat Ikea. Selamat mencuba!!!

  6. azizi(6i+6h) permalink
    August 2, 2012 3:22 pm

    huh nampaknya sedap niee….boleh cuba nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: