Skip to content

Lamb Chop Dengan Coleslaw Dan Mashed Potato

May 7, 2010

Hari ini kami panggang lamb lagi….  Anak-anak memang suka dengan western food….Main order je bila teringin!!… so mama dialah yang menyinsing lengan baju memarinate daging lamb, membuat sos lamb chop, merebus kentang untuk membuat kentang putar dan memotong sayur kobis untuk membuat coleslaw…

Biasanya saya memerap daging lamb ni semalaman. … biar rempahnya meresap sebati ke dalam daging. Rempah perap terpulang kepada anda. Untuk kali ini saya guna lada hitam, sos tiram, sos tomato dan bawang putih . Resepinya seperti di bawah

Resepi Sos Perap untuk Lamb

4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

Sementara memerap daging boleh siapkan kentang putar atau mashed potato. Resepinya boleh didapati di sini. Resepi asalnya saya cedok  dari rancangan Naked chef ( Jamie Oliver) tapi saya ubah suai sikit kesuaian.

Resepi Coleslaw

Bahannya

1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar ( option)

Cara penyediaan

1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

Last sekali boleh sediakan untuk sos lamb chop!.

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Kentang putar dah siap, sos lamb chop dah siap, coleslaw pun dah siap…. tunggu apa lagi… grilllah daging lamb hingga masak. Kemudian hidangkanlah panas–panas dengan bahan-bahan  yang telah disiapkan tadi. Selamat memasak Lamb Chop!!

5 Comments leave one →
  1. December 8, 2011 2:16 am

    ummmmmppp…..mau try ni….on this saturday night as our dinner….coz my boyz balik berehat kejap dari kem bestari cuti sekolah…..

Trackbacks

  1. Grilled Beef Steak « Potret Kasih
  2. Grilled Marinate Lamb Chop( Kambing Panggang Perap ) « Potret Kasih
  3. Grilled Marinate Lamb Chop( Kambing Panggang Perap ) | Potret Kasih
  4. Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang ) | Potret Kasih

Leave a comment