Skip to content

Mee Hailam

May 17, 2010

Untuk makan tengahari kali ni  ini kami menjamu selera dengan mee hailam sahaja.  Saya sangat suka memasak mee hailam kerana cara penyediaannya sangat simple. Bagi saya mee ni  sangat sedap dan istimewa. Lagi pun ia sangat berkhasiat kerana kaya dengan seafood dan sayur-sayuran…… Kalau mahu kan mee hailam tu lebih sedap, campurkan dengan stok udang kedalamnya!….. Dan  jangan kedekut untuk meletakkan daging dan seafood lebih sedikit…!! jangan lupa juga sediakan cili jeruk dan cili potong ….. bila makan mesti berpeluh-peluh!!

Ok, saya tak ada idea nak berceloteh panjang… kami layan mee hailam ni dulu ye!!!!

Resepi Mee Hailam

1 bungkus mee kuning ( cuci dahulu mee untuk menhilangkan bau )
100 g daging ( dipotong nipis)
6-10 ekor udang
3-4 ekor sotong ( dibersihkan dan di potong2)
1 biji buah tomato ( belah 6_
1 paket cendawan tiram
sedikit kobis bunga
1 batang karot ( dipotong nipis)
daun ketumbar ( bahan tabur))
daun bawang ( bahan tabur)
daun sup (bahan tabur)
5-6 biji cili api ( dititik)
4-5 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3-4 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung/tepung gandum ( dicampur sebati dengan sedikit air )
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis
bawang goreng

Cara penyediaan

1. Celur mee kuning, angkat dan hidangkan.

2.  Untuk kuahnya kopek dan asingkan kepala dan kulit udang dengan isinya. Tumbuk kepala udang campurkan dengan air kemudian ambil stoknya.

3. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging. Masak seketika kemudian masukkan cili padi, sos tiram, kicap, lada sulah, stok udang dan air secukupnya.  Masak hingga mendidih dan daging empuk.

4. Setelah daging empuk masukkan masukkan sotong, isi udang dan sayur-sayuran.

5. Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Setelah tutup api bolehlah dimasukkan buah tomato supaya buah tomato tidak terlalu lembik. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan dengan mee kuning yang telah dicelur, bawang goreng, daun sup, daun ketumbar dan cili jeruk atau cili potong.

*  Anda boleh juga mencampurkan sekali dengan kuah semasa memasaknya jika anda suka!!. Tetapi saya tidak berbuat begitu. Saya mengasingkan kuah dengan mee bagi mengelakkan mee kembang dan tidak tahan lama. Bila masa hendak memakanya barulah saya mencampurkan dengan kuah!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: