Skip to content

Nasi Ayam Ala-ala Hainan

April 13, 2010

Saya dah lama teringin nak masak nasi ayam hainanse. Biasanya saya makan di luar je kalau tekak rasa teringin. Nasi  ayam yang saya wat ni bukanlah ori tapi ala-ala hainan je. Ada step yang saya tak ikut seperti masukkan ayam dalam air yang berisi dengan ais kerana anak-anak dah tak sabar nak makan. Lepas saya rebus ayam tu, perap seketika ayam tu dengan minyak bijan, dan rempah kemudian di bakar dalam oven untuk untuk garingkan kulitnya.

Sekeluarga  dah kelaparan… kami layan dulu!

Resepi Nasi Ayam Hainan ( Yang Ori )

Untuk Ayam

1 ekor ayam sederhana besar
1 1/2 inci halia ( dipotong/di ketuk)
5 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1 periuk air
1 kiub pati ayam ( jika suka)
sedikit garam
minyak bijan secukupnya untuk memerap.

Cara membuatnya

1. Masukkan halia, bawang putih, garam dan kiub ayam dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
2. Masukkan Ayam dan masak selama 40-45 minit  (ikut saiz ayam).
3. Keluarkan ayam, masukkan ia dalam besen yang berisi air yang bercampur ais dan rendam selama 20 minit. Tujuanya adalah supaya ayam tadi tidak kering dan akan menjadi lembab ketika dipotong dan dimakan.
4. Keluarkan ayam dan lumurkan dan perap dengan minyak bijan. Ketepikan dahulu.
5. Bila sampai masa menghidang boleh di potong-potong dan di hidangkan dengan nasi ayam dan sos/sambalnya.

** Stok ayam di bahagi 2. Separuh untuk sup dan separuh lagi untuk memasak nasi.

*** Versi saya lepas rebus, saya perap dengan minyak bijan, sos tiram, kicap manis, garam, halia, dan bawang putih kemudian bakar seketika dalam oven ( last minute tekak saya nak makan ayam yang di grill pulak). Bakar tak perlu lama kerana ayam telah pun di masak…. cuma nak kulit ayam nampak garing dan gelap je…..)

Resepi Nasi Ayam

4 cawan beras
6-8 cawan air rebusan ayam – jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar majerin/minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis (option)
daun pandan ( option)

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya ( untuk jaga kesihatan).

Untuk Kuah cili

6 batang cili merah
2 biji buah tomato
3 ulas bawang putih
1  inci halia
4-5 sudu besar cuka atau jus limau
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam
sedikit air masak

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur.
2. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Resepi Sos Halia

2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2-3 sudu jus limau

Cara penyediaannya

*Tumbuk halia dan bawang putih kemudian masukkan semua bahan lain. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Untuk Sos Hitam

3-4 sudu besar kicap cair
1 cawan stok ayam
1 sudu teh gula
1 sudu makan minyak bijan
perasa.

Cara penyediaannya

1. Satukan semua bahan dan kacau hingga rata. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

2 Comments leave one →
  1. Tiger permalink
    April 13, 2010 12:12 pm

    Saya pun suke ngan nasi ayam hainan…. tapi saya prefer yang grill dan berwarna gelap kerana lebih menyelerakan… yang kukus atau di rebus tu saya x brapa suke…

    • April 13, 2010 12:16 pm

      memang pun…. yang grill tu lebih menyelerakan…. tp yg putih tu sebenarnya sedap juga kerana ayamnya lebih lembut dan moist….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: