Skip to content

Berpindah ke Alamat Baru

June 27, 2010


Salam  buat pengunjung-pengunjung blog Potret kasih……

Saya ingin mengumumkan bahawa Blog Potret Kasih kini sudah berpindah ke alamat baru iaitu di……………

http://www.potretkasih.com

Saya akan  update post terbaru hanya pada blog baru saya iaitu di potretkasih.com dan blog yang ada ini akan saya stopkan hingga disini sahaja.

Saya menjemput sahabat-sahabat semua silalah singgah ke rumah baru saya ya. Isi kandungan blog masih tetap sama cuma alamatnya sahaja yang berbeza!!!…… Sudi-sudikan!!!!

Macaroni and Cheese

June 26, 2010


Hari tukar selera…. buat Macaroni and cheese…. atas permintaan anak perempuan saya yang berhari-hari minta saya masak macaroni and cheese ni!!. Puas menggodak internet cari resepi lastly  decide nak guna resepi dari mesra.net!!. Sedap… lemak-lemak gitu!!. tapi saya tak boleh nak makan banyak kerana muak….. Maklum jelah tekak dah biasa dengan nasi goreng belacan ni tiba-tiba nak  tukar ngan cheese pulak!!!! Terkejut beruk anak tekak makcik!!!!

Rasepi Macaroni And Cheese ( sumber : mesra.net )

475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) – (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan

Untuk membuat “bechamel sauce” :

1. Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

2. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

3. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

4. Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau “al dente”. (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

5. Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam “sos bechamel” tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Ayam Goreng Rangup

June 25, 2010


Walaupun sedang berpuasa tapi saya tak cadang nak duduk dapur lama-lama!!. Hari ni ingat nak mengemas rumah yang dah macam tak serupa rumah!!! tongkang pecah pun ok lagi!!! Pagi-pagi dah mengemas dan mengelap dapur, memvakum ruang tamu, mencuci kain baju dan membelai pokok-pokok kat laman rumah!!! Lepas buat semua kerja kepenatan pulak!!! tu yang timbulnya ayam goreng rangup!!!. Anak nak pergi sekolah pun masih belum siap masak!!! Ayam masih lagi dalam kuali…. Anak tengah nak makan pun  sempat lagi curi curi tangkap gambar ayam ni untuk letak kat blog!!!! Hari ni adalah hari yang agak kelam-kabut!!! Tapi okaylah jugak….. Rumah dah bersih!!!!!

Resepi Ayam Goreng Rangup

1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
bread crumb atau serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa atau serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ayam dipotong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum. Bilas dan toskan!
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa.
4. Perap seketika di dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk mengoreng pukul telur. Ambil ayam tadi celupkan ayam tadi ke dalam telur kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti.
6. Goreng hingga keemasan.

Resepi yang simple tapi sedap…….

Tembikai Laici

June 24, 2010

Salam semua… Jemput minum jus tembikai laici buat segarkan tekak yang dahaga…… Alhamdulillah!! Allah memberi rezki yang melimpah ruah pada kita di sini hingga dapat berpuasa dan berbuka  dengan sempurna… Amin!!!

Resepi Jus Tembikai laici

sepotong tembikai
2-3 sudu gula ( manis ikut suka )
1 gelas air masak
3-4 biji buah laici
ais

Cara penyediaan

1. Masukkan tembikai yang telah di potong-potong , air dan gula. Kisar hingga hancur.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Hidangkan dengan laici dan ais

Ayam Masak Gulai Limau Purut

June 24, 2010

Salam sejahtera pengunjung blog saya yang di kasihi……  Sekarang dah agak dekat dengan bulan puasa… tentu sekarang ramai yang dah start nak ganti puasa….. Saya pun tak terkecuali…… Tapi walaupun berpuasa tugas memasak kena teruskan juga!!! . Tengahari ni sempat juga saya memasak gulai ayam limau purut. Resepi gulai ni  saya belajar  dari emak saya!! Tapi saya tambah daun limau purut kerana saya sangat suka aromanya!! Sungguh sedap  dan wangi jika di letakkan pada gulai. Nampaknya petang ni saya tak perlu sibuk-sibuk nak masak lagi untuk juadah berbuka puasa kerana saya akan berbuka dengan nasi bersama gulai ayam ni……  Cuma saya teringin meminum jus yang segar untuk berbuka  nanti!!!

Resepi Ayam Masak Gulai Limau purut

1 ekor ayam sederhana besar
10 biji cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugur
2 cawan santan atau 1 cawan susu cair
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan kasar dan halus
sedikit garam
sedikit gula ( jika suka)
sedikit perasa ( jika suka)
3-6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan

1. Ayam di potong 8 atau 12 dan di bersihkan dengan sedikit tepung gandum.
2. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, langkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.
3. Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk.
4. Reneh ayam hingga ayam kecut.
5. Masukkan Santan  atau susu cair dan asam gelugur kedalam ayam. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih.
6. Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.
7. Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat.

Tomyam Campur

June 23, 2010

Hari ni dah memang dah plan nak masak tomyam….. gara-gara terpandang gambar tomyam yang begitu menyelerakan di dalam majalah Rasa….. Saya memang tak dapat menahan rasa bila melihat makanan yang begitu mengiurkan…. mulalah jiwa dan raga ini tak tertahan-tahan nak memasak!!! Actually tomyam ni merupakan my favorite  (3x) food forever and ever!! Kalau makan kat luar pun saya tetap memilih tomyam sebagai makanan pilihan….. Dari tak tahu memasak tomyam hingga pandai memasak dan saya sanggup belajar semata-mata kerana  terlalu suker kannya…. Sambil menghirup kuah tomyam,  otak saya ni asyik terfikir dan tertanya-tanya siapakah orang yang telah mencipta masakan yang sedap ini!!…….. You all yang berminat nak masak tomyam, layan jer resepi kat bawah….

Opsss! ada tips sikit nak kongsi. Jika anda memasak tomyam  siapkan 1 periuk kuah tomyam  dan daging terlebih dahulu tetapi jangan mencampurkan ayam, udang, sotong dan sayur-sayuran. Potong ayam, seafood dan sayur-sayuran dan simpan dahulu dalam peti sejuk. Nanti…. jika time nak makan baru ambil sedikit kuah tadi ( buat dalam periuk lain), panaskan semula baru masukkan  ayam, seafood dan sayur-sayuran!. Untuk kuah yang asal tu simpan dan panaskan selalu. Boleh tahan 2 hingga 3 hari!!. Satu lagi sebabnya buat macam ni untuk mengelakkan seafood dan sayur tu mengecut jika terlalu lama terendam dalam kuah yang masam tu……bayangkan kalau makan tomyam dengan semua bahan didalamnya kecut-kecut…. tentu tak best dan merosakkan mood nak makan kan!!!!!

Lagi satu…. kalau ada kuah lebih jangan di buang…. masukkan dalam bekas plastik dan bekukan  dalam peti sejuk!! Bila-bila masa kalau nak makan panaskan balik kuah tu…. tinggal bubuh seafood sayur je!!! ha ha ha…. orang malas cam saya ni otaknya memang kreatif!!!! layankan jerrrr!!!

Resepi Tomyam Campur (  adaptasi dari majalah  Rasa )

100g isi ayam  ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)

Cara Penyediaan

1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.

Ikan Masak Tiga Rasa

June 22, 2010

Semalam baru berbelanja….Peti sejuk penuh!!… pening  pula nak masak apa hari ni… Tapi nampak je ikan dori ni, excited pula saya nak masak ikan masak tiga rasa…. kebetulan ada sebijik  nenas kat dapur yang belum terusik ….. so saya pun layan masak ikan dori ni bersama nenas!!! Plan nak masak  gulai ikan masin dengan nenas tertangguh sebab anak lebih suka lauk yang ni…. Ikut ajelah !!… layan tekak anak-anak!!…..

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

1 ekor ikan ( sembarang ikan pun boleh )
1 labu bawang besar ( saiz kecil)
2 ulas bawang putih ( di cincang / di tumbuk )
1/2 halia ( di potong2)
sedikit daun ketumbar
2-3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan ( sos nampla )
1 batang serai ( dititik ) – optional
1 biji buah tomato
1/4 biji nenas ( di potong )
se potong karot ( potong memanjang)
6-8 biji cili api ( dipotong atau sebiji-sebiji)
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung gandum/ tepung jagung
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ikan di bersihkan kemudian di perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Lumurkan ikan tadi dengan tepung dan goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
3. Angkat ikan tadi hidangkan di dalam pinggan dan sediakan sosnya.
4. Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan halia hingga wangi kemudian masukkan semua sos.
5. Masukkan nenas, cilipadi, karot dan sedikit air.
6. Bila mendidih sesuaikan rasa masam manisnya. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.
7. Angkat dan curahkan sos  di atas ikan tadi…..

Selamat mencuba…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers