Asam Pedas Ikan Kembung
Asam pedas ikan ( tak kira ikan apa sekali pun) adalah my favorite, favorite, favorite food. Yang menjadi kegilaan saya tentang masakan ini adalah rasanya yang unik. Sangat, sangat sedap dengan gabungan 3 rasa iaitu masin, masam dan sedikit manis.
Tekak saya tentang masakan ini agak cerewet. Pernah juga makan di restoran-restoran atau makan masakan orang lain. Tetapi tidak semua asam pedas dapat menawan hati saya. Silapnya kerana mereka tidak pandai seimbangkan rasa masam, masin dan manisnya sebabnya rata-rata resepi asam pedas ni lebih kurang sama saja mana-mana pun. Sedap tak sedap asam pedas ni bergantung pada kebijaksanaan kita menyesuaikan rasanya.
Ini kerana anak perempuan saya memang tidak suka makan ikan. Dia lebih rela makan telur mata kerbau dari makan ikan. Tetapi turn saya masak asam pedas ikan, dia boleh pulak makan dengan seleranya, hingga licin pula pinggannya.
Asam pedas versi saya memang merah dan pekat tetapi ia langsung tak pedas!! bahkan anak saya boleh menghirup kuahnya. Saya tidak suka asam pedas yang terlalu pedas kerana ia akan mengganggu konsentrasi saya untuk mengecapi keenakkannya. Petua untuk membuat asam pedas yang sedap versi saya??? Ok saya saya tulis ye..
1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap)
4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi Likopen ( antioksida ).
5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.
Selamat mencuba!
Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Bahan-bahannya
3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.
*******
Like these post? Try these….
Salam,
Pertamanya, time kasih sudi singgah blogresipi dan link kan kat sini… kite pon dah link blog ni kat sinun. hehe..
Kite nak panggil ape ye? wana ke kak wana? kite, boleh panggil Ijan je (28 tahun). 😀
Nice blog. Gambar pun cantik-cantik semuanya. Satu hari boleh buat blogwana.com nie 🙂
Salam…..
Terima kasih kerana singgah ke blog akak…..anyway panggil kak wana je ok…salam perkenalan! nice to know you…
Hai kak wana,,,,ni festime guna resepi kak wana,,,,cuba try buat asam pedas ,,sedappp,,hubby pun kata sedappp,,,,t,kasih sebab kongsi resepi,,,
salam.. trima ksh kak share resepi ni.. sye mmg tengah pening pikir nak masak utk MIL nak dtg wknd ni.. tgk asam pedas ni nmpak mcm best je.. nak buat ni la.. blh ye kak? 🙂
Silalah cube… harap menjadikk dan sedapp.
saya dah kahwin tapi duduk jauh-jauh…. saya di johor dan wife di Pahang…. saya tak pernah masak….. apatah lagi memang saya duduk bujang tak pernah ada dapur….. tapi tiba-tiba pulak teringin nak belajar masak. Terjumpa pulak resepi asam pedas ni dan saya rasa nak cuba buat lah….. terima kasih lah publishkan resepi ini eh… dan doakan saya tak melecur kena minyak panas masa menumis nanti!!!! ha ha ha ha
salam rizal… thanks kerana sudi cuba resepi asam pedas tu… saya doa menjadikk dan sedap!!! Insya Alah kalau berhati2 semasa kat dapur tak akan ada kemalangan yg berlaku… good luck!!
ella bangga betul dgn akak ni..semua masakan yang ella suka akak boleh masak..pas2 ella dah cuba 2..3 resepi dari blog akak memang terangkatlaa..air tangan akak ni memang kena dgn selera ella..masakan asam pedas dah banyak ela pelajari tapi x lee sesedap macam yg akak bagi ni..memang kelassss…ribuan terima kasih untuk kakak…
salam ella… Thanks kerana sudi cuba resepi asam pedas tu… akak pun masih perlu banyak belajar!! mana2 yang akak tahu bolehlah akak share kat blog ni….
Kak wana, memang sedap lah resepi ni.. saya baru je masak n alhamdullilah baru je makan… 🙂 terima kasih 🙂
salam nisa… thanks kerana sudi cuba resepi tu… akak happy gak, ramai yang suke resepi asam pedas tu!!!
salam kak!! sedapnyer asam pedas ikan..terliur saye tgk..thanks for sharing the recipe..insyaAllah i will try it soon.
akak,smua bahan yang dikisar 2 bleh dikisar skaligus ke
salam yaya.. semua bahan tsb boleh di kisar sekaligus….
salam kak wana.. thank for resipe ni.. sdap2….hehehehhe
sama2…
Saya ada buat resepi asam pedas ni. Harap suami suka. Br je masak blum mkn lg 😉
K.wana sy dh cuba dh resepi ni..
Memang kena ngn selera sy..
sy mintak copy kt umh sy plk yer..
nampak macam besttt…nak cuba masak hari ni utk juadah berbuka nanti…tq 4 sharing..
Salam potret kasih,
Saya dah cuba masak asam pedas, fulamak power! terima kasih atas berkongsi lauk pauk. mudah mudahan allah berkati anda sekeluarga.
Mus saad
Tq so much…i like ur recepi vry mch…coz i also fanatic n obses with ikan kembung asam pedas dish….hope u day by day more fowerfull in cooking…hv a nuce day…
assalamualaikm..kak wana..sya wanie..20 thun..bru je follow blog akak..rsipi akak simple n snang rmaja2 yg nk blaja msak ikut rsipi akak nie..trima ksih..sya jdikan blog akak nie sbgai pnduan sya yea.. 🙂