Skip to content

Asam Rebus Kacang Panjang Dengan Udang.

February 26, 2010

"asam rebus udang dan kacang panjang"

Sudah puas makan masakan bertumis…  kini saya memasak dengan cara merebus pula!. Masak asam rebus ni rasanya ramai yang tahu memasaknya kerana cara membuatnya tersangat mudah dan cepat.  Masa saya remaja dulu jika emak minta saya ke dapur, masak asam rebuslah yang selalu saya sediakan kerana dengan hanya mencampakkan beberapa bahan dalam periuk… selang beberapa minit ….. masakan dah siap!! Tak hairanlah jika orang menggelarkan masakan ini sebagai ” masak campak-campak!”

Kali ni saya masak sayur kacang panjang dimasak dengan udang… rasanya memang berbaloi! walaupun dalam gambar nampak pucat je tapi rasanya mengalahkan tomyam!! Kombine dua bahan ni memang ada chemistry…. Kalau di rumah anda biasa memasak asam rebus ikan…. atau kacang panjang dikawinkan dengan ikan bilis saja… kali ini cubalah satu kelainan.

"asam rebus udang""asam rebus"


Saya letak udang besar-besar untuk memancing selera anak saya….

"asam rebus udang"

Resepi  Asam Rebus Kacang Panjang Dengan Udang

Bahannya

5-10 batang kacang panjang ( di potong memanjang )
4-6 ekor udang ( dibersihkan dan buang kulitnya)
4-8 biji cili api  ( ditumbuk) – atau 5-10 biji cili kering kisar
6 biji bawang merah ( ditumbuk atau di hiris)
2  ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( di ketuk )
1 cawan jus asam jawa
garam, perasa dan air secukupnya

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan kecuali udang. Tambahkan sedikit air dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang dan  sesuaikan rasanya. Kacau  seketika dan angkat.

*******

Like these post? Try these….

"somtam" Somtam

"Mee rebus" Mee Rebus

"Mee goreng" Mee Goreng

2 Comments leave one →
  1. March 1, 2010 7:04 am

    Oh yum! I love shrimp! This looks great!

  2. March 1, 2010 10:39 am

    Oh yeah… I love shrimp too.. Thanks for visit my blog!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: