Skip to content

Ayam Kukus

February 7, 2010

Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit – 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong, tetapi kalau nak makan sekeluarga kena serentak.

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Sesuaikan rasanya dan  boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
**** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan…

More Picture for Ayam Kukus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: