Rosemary Grilled Chicken ( Ayam Panggang Rosemary )
Semasa saya menyelak-nyelak buku resepi koleksi lama saya….. terjumpa pula resepi ni…. nampak mudah dan tak cerewet membuatnya, saya pun terasa ingin mencuba!! memang best resepi ni…. Saya dan anak-anak saya sangat sukakan rasa ayam ni!! Rempah perapnya marveless…… wangi dan enak sekali!!! Saya rasa inilah rempah perap yang terbaik dan tersedap yang saya pernah cuba!!!! Rasa rempah rosemarynya tidak terlalu kuat, sangat seimbang dengan rasa lada hitam dan jintannya!!!. Kalau nak lebih sedap peraplah semalaman dalam peti sejuk!. Esoknya bolehlah di bakar. Kalau nak ayam kelihatan lebih gelap bubuhlah brown sugar atau gula perang. Saya tak bubuh kerana kehabisan brown sugar dalam dapur saya. Saya gantikan dengan gula biasa sahaja. Namun begitu rasanya tetap best!!!!!!!
Resepi Ayam Panggang Rosemary
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
Kakkkkk I loiiikeeessss…boleh suruh en suami beli baby chicken tergolek weekend nih …huh semangat ni..by the way kek dalam oven hopefully jadi
Salam Intan….
Alhamdulillah…. Bila kita masak dengan ikhlas dan dengan penuh kasih sayang utk org yg kita sayangi….. masakan yg tak sedap pun akan bertukar menjadi sedap!!! Itulah keajaiban!!! so teruskan usaha dan jangan give up kalau tak jadi!!!!!!!!
kurang di bumbuin kayaknya
yaa…. nanti saya perbaiki lagi….
Mintak izin copy-paste resipi yer! Thanks :).
Boleh try resepi ni. Nampak sedap dan menyelerakan.