Skip to content

Makan Mee Udang di Kuala Sepetang

March 23, 2010

Nah ambik kau.!!!..

Mee udang Kuala Sepetang….  Setambun udang interframe hingga menutupi mee …. biasanya bila makan mee udang kat tempat lain mee yang interframe lebih…. nak cari udang pun susah! tu pun ciput je!! Tapi kali ni memang puas makan mee udang di sini kerana udang besar dan agak fresh….

Sebenarnya ini kali pertama saya datang ke Kuala Sepetang, Perak.  Saya datang ke sini semata-mata nak merasa mee udang yang sangat popular disana. Saya difahamkan ada banyak gerai mee udang di sana. Salah satunya kedai Mee Udang Mak Jah. Saya yang tak berapa tahu dengan tempat ini, ikut sahaja kawan yang membawa kami kesini.

Menariknya di sini dapat tengok kawasan paya bakau…. dapatlah saya educate anak saya yang tak pernah melihat paya bakau.

Masa sampai ke sini nasib baik pelanggan tak berapa ramai. Servisnya pun cepat!! Tapi selang beberapa minit saya lihat kesemua meja telahpun penuh dengan pelanggan. Kami order hanya mee udang dan air tembikai.. Harga sepinggan mee udangnya Rm 7.00. Kalau nak yang special Rm 11.00. Kami hanya order yang biasa je…

Komen!!. Kredit makan kat sini kerana udangnya sangat mewah!! tentang rasanya kami hanya bagi 4 bintang sahaja kerana saya pernah makan mee udang yang lebih sedap dari ini.Sambil saya menghirup kuahnya, dekat kepala saya ingin membuat sendiri dirumah….

Anyway sesiapa yang belum pernah kesini, sesekali cubalah!! Cuma saya nasihatkan jangan terlalu kerap memakan udang  kerana takut terkena penyakit gout!! Selamat mencuba mee udang Kuala Sepetang!!

My Son dan My hubby sedang asyik menikmati mee udang…

Mee Udang… gambar dekat!!

Layan gambar…. Air tembikai dan mee udang!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: