Skip to content

Ayam Paprik

March 16, 2010

Mengintai dalam peti sejuk, saya terlihat 3 keping dada ayam yang belum terusik….. tiba-tiba terlintas nak masak ayam paprik….  Specialnya bila masak ayam ni saya tak perlu bersusah-susah nak masak sayur pula kerana saya akan campurkan sayur-sayuran sekali di dalamnya.. Masa saya dah jimat banyak dan dapatlah saya buat kerja lain…

Resepi Ayam Paprik

3 keping dada ayam ( di potong kecil2)
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 labu bawang besar ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( di tumbuk)
5-8 biji cili padi ( di pecah atau di campak sebiji sebiji)
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
bunga kobis
karot ( dipotong bulat atau memanjang)
kacang panjang ( potong 1 inci)
daun ketumbar ( di hiris)
2-3 helai daun limau purut ( di koyak)
1 biji tomato ( di potong )
sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam yang telah di perap dengan halia dan garam kemudian angkat.
2. Tumis bawang putih, cili kisar, cili padi,  serai hingga wangi.
3. kemudian masukkan semua sos. Kacau rata jika terlalu kering masukkan sedikit air.
4. Bila mendidih masukkan ayam dan sayur-sayuran serta daun limau purut.
5. Last masukan daun ketumbar, kacau dan angkat.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: