Skip to content

Kerabu Taugeh Dengan Kacang Panjang

March 14, 2010

Ini satu lagi makanan kesukaan saya… Kerabu!! tak kira kerabu apa sekali pun ianya saya tetap menyukainya. Kerabu ni ada bermacam-macam jenis!! Cara membuatnya juga berbagai-bagai gaya. Ada yang menggunakan sayur mentah dan ada juga yang dicelur. Ada juga yang ditambah santan, kerisik, isi ikan, ikan bilis, udang, belacan, daun ketumbar, cekur dan macam- macam lagi. Selama saya hidup di dunia ini saya dah jumpa lebih dari 20 jenis kerabu.

Actualy kerabu ni ikut kreativiti orang yang membuatnya… Biasanya apa saja yang ada kat dapur, mereka akan letakkan dan jadikan sebagai ramuan. Itu yang menjadikan ianya berjenis-jenis tu… So , kerabu yang saya buat ni adalah warisan ibu saya. Specialnya kerabu ni ada daun cekur… saya rasa kerabu yang ada cekur ni asal dari keturunan orang-orang jawa ( termasuklah saya…. walaupun dah cair ). Bahan-bahan yang digunakannya tak banyak dan  mudah sahaja membuatnya…

Next time kita belajar kerabu jenis lain lak…

Resepi Kerabu Taugeh dengan Kacang Panjang.

4-6 batang kacang panjang ( dicelur )
1 mangkuk taugeh – dicelur ( lebih pun tak pe…)
6-10 biji cili padi ( ikut kepedasan yang anda ingini )
2 biji bawang merah
3 sudu besar kelapa parut
1/2  inci belacan bakar ( kalau tak makan belacan boleh ganti ngan udang kering atau isi ikan)
Sedikit garam, gula dan perasa.
1 biji/akar cekur ( bahagian ubinya..ye!)
Daun cekur ( dihiris halus)

Cara membuatnya

1. Tumbuk cilipadi, belacan, bawang merah, gula, garam, perasa, biji cekur hingga lumat.
2. Kemudian masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga sebati.
3. Keluarkan bahan tumbuk dan satukan dengan taugeh, kacang panjang dan daun cekur hiris.
4. Sesuaikan rasa garam dan gulanya kemudian bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: