Skip to content

Nasi Minyak Seri dengan Ayam Panggang Percik

March 11, 2010

Melihat-lihat gambar dalam majalah Rasa…. tiba-tiba terasa pula nak nak makan nasi beriani. Oleh kerana saya tak cukup bahan di dapur untuk memasak nasi beriani lalu saya ubah suai resepi tersebut menjadi nasi minyak  sahaja. Gembira rasa hati saya,  melihat anak-anak  makan bertambah… sekali sekala memang sedap makan nasi minyak apalagi dengan ayam panggang, kari daging  dan acar timun.Saya panggil nasi minyak ni nasi minyak seri kerana ia kelihatan berseri-seri kerana warnanya seperti nasi beriani.

Kali ni saya sertakan resepi nasi minyak seri  dan ayam panggang percik. Resepi kari daging boleh dapatkan di sini. Dan next time saya sertakan resepi acar timun pula.

Enjoy!!

Resepi Nasi Minyak Seri

4 cawan beras basmathi
4 biji bawang merah ( dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3/4  inci halia ( ditumbuk )
1 batang kayu manis
2 bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
2 cawan susu cair
2 cawan air
sedikit daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
pewarna oren
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar  minyak masak
sedikit garam, perasa

Cara membuatnya

1.  Beras basmathi yang telah dicuci di masukkan dalam rice cooker. Masukan air sama paras dengan beras. Rendam untuk seketika.

2. Dalam periuk lain masukkan minyak dan minyak sapi dan tumis bawang hiris, bawang putih, halia, kayu manis,   bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.

3. Masukkan susu cair dan  2 cawan air tadi. Kacau seketika kemudian masukkan garam.

4. Masukan air tumisan ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi dan masak nasi seperti biasa.

5. Bila air telah kering  titikkan ( 2-4 titik ) pewarna oren tadi dan taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Kacau dan tutup. Biarkan nasi sehingga betul-betul masak. Bolehlah di hidangkan dengan lauk.

Resepi Ayam Panggang Percik

1 ekor ayam ( di bersihkan dan di potong 6)
1 biji kelapa ( ambil 3 cawan santan)
1 camca besar asam jawa
1 camca besar gula
garam, serbuk perasa

bahan kisar

20 biji cili kering
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
2 hiris lengkuas
1 camca besar serbuk ketumbar
2-3 biji buah keras

Cara membuatnya

1. Satukan bahan kisar dengan santan dalam periuk dan masak diatas api sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan air asam jawa, garam, gula perasa dan ayam kemudian sesuaikan rasa.
3. Masak ayam sehingga 3/4 masak kemudian keluarkan ayam dan bakar dalam oven.
4. Masak kuah hingga pekat dan lumurkan pada ayam tadi dan bakar semula hingga masak.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: