Skip to content

Rich Chocolate Brownies

March 9, 2010

Brownies atau juga dikenali sebagai kuih bantat merupakan sejenis kuih yang sangat popular di barat. Ia dikenali sejak tahun 1897 dan nama brownies itu sendiri di inspirasi dari warna kuih itu yang kecoklatan. Kuih ini sangat popular hingga kini dan menjadi kegemaran kerana teksturnya yang padat dan sangat kaya dengan coklat serta lebih enak jika di ganding kan dengan pelbagai jenis kekacang seperti almond, walnut, pistachio dan sebagainya.

Saya sangat gemar membuat brownies berbanding membuat kek kerana  ia lebih mudah dan cara membuatnya tidak sesukar membuat kek. Rasanya sangat enak  dan sesuai sekali di jadikan hidangan minum petang.

Cubalah membuatnya sendiri….

Resepi Rich Chocolate Brownies

3/4  cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1  3/4  cawan gula castor ( @ 1 1/2 cawan- jika tak suka manis )
3  biji telur bersaiz besar
200 g butter ( di cairkan )
100 g dark chocolate  @ coklat masakan ( dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan chocolate chip
1 sudu kecil essen vanilla
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya

1. Panaskan ketuhar 180 C.
2. Alas kertas minyak dalam acuan dan sapukan mentega di dalam acuan tersebut.
3.  Satukan  dan ayak tepung dan serbuk koko.
4. Cairkan coklat masakan dan butter dengan menggunakan kaedah double boiler.
5. Pukul telur bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan vanilla, garam dan mentega serta coklat masakan yang telah di cairkan.
6. Masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau rata. Masukan chocolate chips kacau sebati.
7. Masukkan dalam acuan kemudian bakar selama 30 – 40 minit.
8. Bila telah masak sejukkan. Untuk lebih sedap simpan semalaman dalam peti sejuk dalam bekas bertutup. Kemudian baru di potong 4 segi kecil. Bolehlah dimakan!!

Enjoy!!!

Saya suka simpan dalam bekas ni dan letak dalam peti sejuk!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: