Skip to content

Ais Krim Lemon

March 8, 2010

"Ice Cream Lemon"

Di waktu musim panas ni….. sedapnya bila dapat menikmati ais krim yang dapat menyejukkan tekak.  Ais krim ni resepi asalnya dari Nigella dari AFC tetapi saya telah ubahsuai dengan menukarnya dari strawberri kepada lemon. Caranya mudah je dan bahannya juga simple……

Selamat mencuba!!

Resepi Ais Krim Lemon

Bahan-bahannya

1 tin susu cair
6 biji kuning telur
2 sudu besar gula

Cara-caranya

1. Pukul Kuning telur hingga kembang.
2. Masak susu cair dan gula atas api hingga larut kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul tadi.
3. Masak hingga agak pekat. Angkat dan sejukkan.

2 biji lemon
2 sudu besar gula

Cara-caranya

1. Parut kulit lemon dan perah jus lemon.
2. Masukkan gula dalam perahan jus lemon dan kemudian panaskan atas api hingga larut.  Campurkan parutan kulit limau dan sejukkan.
3. Campurkan dalam adunan susu tadi. Kacau rata.
4. kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalan peti sejuk semalaman
5. Bila adunan telah beku keluarkan semula. Pecah-pecahkan semula ais krim tadi kemudian kisar lagi hingga lembut.
6. Simpan semula ais krim tu dalam peti sejuk hingga beku. Kemudian bolehlah dihidangkan.

* jenis ais krim ni tak ada double krim… so teksturnya tak selembut dengan ais krim yang di bubuh double krim.
** lemon bertindak balas dengan susu dan boleh menyebabkan ia berketul-ketul. So memanas dan mencampurkannya dengan gula terlebih dahulu  sebelum di campur dengan adunan susu bagi mengelakkan teksturnya berketul-ketul.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: