Skip to content

Ayam goreng Marinate

March 7, 2010

Saya sebenarnya kurang menggemari ayam goreng ….entah kenapa bila saya makan nasi berlaukkan ayam goreng lambat je rasanya nasi tu nak habis!…  Tetapi bila saya cuba memerap ayam dengan rempah pelbagai rasa semalaman di dalam peti sejuk… rasa ayam lebih sedap!! terasa rempah perap meresap kedalam isi…. Anak-anak saya  pun suke ayam ni!!

Rempah marinate ni ikut kreativiti kita… Apa saja yang ada di dapur boleh digunakan…  Setakat hari ini saya dah mencuba pelbagai rempah marinate…..Tapi kali ni saya menggunakan bawang putih, perahan lemon, kicap, sebuk cili dan brown sugar…. Saya perap semalaman dan goreng pada esoknya…. Walaupun ayam ni kelihatan tidak menawan sebab gelap je, tetapi rasanya tetap sedap…..

ayam marinate

Resepi Ayam Goreng Marinate

Bahannya

1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong-potong.)
2 ulas bawang putih ( di tumbuk)
1.2 inci halia ( ditumbuk)
1 sudu besar kicap pekat
2  sudu besar brown sugar
1/2 biji lemon ( ambil jusnya)
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh garam
perasa

Cara membuatnya

* Satukan semua bahan. Gaul dan simpan semalaman di dalam petisejuk di dalam bekas bertutup.
** Boleh di goreng atau di grilled..

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: