Skip to content

Mee Segera Udang

March 2, 2010

Mee segera memang tidak baik untuk kesihatan…. Saya jarang memakannya tetapi kalau saya tak punya masa untuk memasak dan agak sibuk, mee segera adalah penyelamat. Biasanya saya hanya separuh sahaja perencah yang di gunakan. Dan akan menambah bahan seperti telur dan udang serta sayur untuk menambah keenakkannya. Rasanya memang sangat disukai oleh anak-anak….. Tetapi sesekali sahaja tau!! Tidak boleh selalu….

Resepi Mee Segera Udang

2 bungkus Mee segera ( perasa kari/sup)
4 ekor udang
1 biji telur
bawang goreng
daun bawang
daun sup
2-6 biji cili padi ( dipotong)
1 ulas bawang putih ( di tumbuk )

Cara membuatnya

1. Tumis bawang putih hingga wangi.(guna minyak yang sedikit untuk menumis).
2. Masukkan perasa, cili padi dan air secukupnya dan biar mendidih.
3. Masukkan mee segera dan bila telah lembut masukan telur dan udang. Sesuaikan rasa, kacau seketika dan angkat.
4. Last masukan bawang goreng, daun sup dan daun bawang. hidangkan.

2 Comments leave one →
  1. Tiger permalink
    March 2, 2010 10:18 am

    Sedapnya…… Terliurrr ni…

  2. March 2, 2010 10:25 am

    Memang sedap mee ni.. udangnya besar-besar!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: