Skip to content

Jus Tomato Lemon

March 2, 2010

Pertama kali saya meminum jus ini,  saya telah mula jatuh cinta dengannya. Mana taknya jus ini sangat enak dan segar rasanya. Yang paling baiknya tentang  jus ini ia sangat baik untuk kesihatan.  Anda hanya perlukan buah tomato, lemon dan sedikit gula sahaja… cara membuatnya juga terlalu mudah.

Semua telah sedia maklum tomato mengandungi anti oksida yang tinggi dan berkemampuan menghindari penyakit kanser manakala lemon pula berfungsi untuk membakar lemak. Saya mengamalkan meminumnya setiap hari untuk memastikan tubuh saya  terus mendapat bekalan antioksida yang berterusan serta untuk melangsingkan badan.

Jika anda suka makanan yang berlemak  seperti kek keju, tiramisu, kari dan sebagainya …. so jangan ragu-ragu untuk mengambil minuman ini  bagi mengimbangi pemakanan. Selamat mencuba!!

Resepi Jus Tomato Lemon

2 biji tomato
1/2 biji lemon
2 gelas air
3 sudu gula ( ikut kemanisan yang anda ingini)
Sedikit Ais

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan kecuali ais dalan blender.
2. Kisar hingga hancur.
3. Tuangkan dalam gelas dan hidangkan dengan ais.

5 Comments leave one →
  1. March 2, 2010 11:10 am

    Salam Kak Wana,
    Sini ada juga diorang jual jus tomato dalam botol… tp kite tak pernah rasa. tp yg akak buat ni nampak sedap pulak.kat sini diorag blend sampai pekat nampak macam sup tomato je.hehehe

  2. March 2, 2010 1:50 pm

    w’salam…
    Kalau rasa nak lebih pekat boleh letak buah tomato tu lebih… baru nampak merah cam sup tomato… akak pernah try sedap gak… ikut atas kesukaan masing-masing!! lagi pun buah tomato kalau makan banyak lebih baik… untuk kecantikan!!

  3. Tiger permalink
    March 4, 2010 5:58 am

    Sedapnya minum air jus ni lagi-lagi musim panas ni…. menyegarkan!!

  4. Shukwa permalink
    March 4, 2010 6:01 am

    Nampak cam sedap je… saya nak try wat utk kuruskan badan…

  5. March 4, 2010 6:03 am

    Trylah… pasti tak nyesal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: