Skip to content

Daging Goreng Jintan

February 28, 2010

Masih suka masakan daging?? Sebenarnya  daging lembu masih merupakan makanan yang selalu juga saya sediakan. Peminat daging lembu dirumah saya bilangannya lebih tinggi berbanding dengan peminat ikan….

So… Daging goreng jintan ni memang disukai jika tekak kami sekeluarga sudah muak dengan makanan yang bersantan seperti kari dan gulai lemak… Walaupun tersangat-sangat jarang kami menikmati makanan berlemak seperti itu kerana tukang masaknya iaitu saya, sedang berusaha menurunkan berat badan, namun masakan ini tetap menjadi pilihan kerana ia sangat mudah…..

"daging jintan"

Ini satu lagi masakan yang paling senang disediakan.  Sambil bermalas-malas dengan gaya santai anda melakukan kerja lain anda sudah boleh menyiapkannya. Tinggal lagi daging ini agak kering  dan anda kena sediakan sayur yang berkuah seperti gulai lemak pucuk paku atau lemak cili padi nangka …. atau sayur air sahaja tidak mengapa….. atau apa-apa saja yang anda fikir sesuai!! Nanti tidaklah anda makan bersulam air kosong…..Opps… jangan lupa sambal belacan ya!!

Resepi Daging Goreng Jintan

Bahan-bahannya

  • 300 g daging lembu ( gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
  • 1 labu bawang besar ( dipotong )
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia ( ditumbuk )
  • 6-8 biji cili padi ( dipatah-patahkan atau dimasukkan sebiji2 )
  • 1 sudu kecil ketumbar biji ( ditumbuk kasar )
  • 1 sudu kecil jintan manis biji ( ditumbuk kasar )
  • 1 batang serai ( potong2 bahagian yang muda dan di tumbuk halus )
  • 2 sudu besar kicap manis
  • garam

Cara membuatnya…

1. Masak daging yang telah dicampur dengan garam dan kunyit hingga kering
2. Tuang sedikit minyak di dalam daging dan goreng seketika.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan goreng hingga rata dan wangi.
4. Masukkan kicap manis dan sesuaikan rasa..
5. Bila sudah agak kering dan masak… angkat.

*************

Like these post? Try these….

Daging Goreng Lada Hitam

Ayam Kurma Halia Bermadu

Sup Ayam

2 Comments leave one →
  1. March 2, 2010 11:11 am

    Waduhhh menggoda sungguh ler daging goreng ni.. kite minat sangat daging… buat lah macamana pun kite suke… bestnye bestnye!!!

  2. March 2, 2010 2:56 pm

    Akak pun suke makan daging gak ……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: