Skip to content

Ayam Kurma Halia Bermadu.

February 23, 2010

Biasanya bila sebut masak kurma je, kat otak tergambar masakan berkuah kelabu dan mesti ada kentang!. Tetapi kali ini saya lebih kreatif lagi menambah keperbagaian masakan menggunakan rempah kurma di masak dengan cara lain. Idea ni datang dari adik saya yang berada di Johor yang teringin benar nak makan masakan ayam kurma halia bermadu ni….. tetapi saya hanya dapat menghantar gambar sahaja padanya kerana saya berada jauh di Kajang!

Buat adik saya, tengok je ya… jangan meleleh air liur pulak.. kang rosak pulak keyboard labtop tu…. ermm saya nak layannn dulu ayam ni…….

Resepi Ayam Kurma Halia Bermadu

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( dipotong dan di bersihkan)
1 inci halia ( di mayang)
1 labu bawang besar ( di potong)
3 ulas bawang putih ( dititik)
10 biji cili api ( di pecahkan 2-3 biji sahaja, yang lebihnya dibiarkan sebiji2)
1 biji buah tomato (dipotong)
1 biji limau kasturi ( ambil jusnya)
1 camca kecil madu
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
daun ketumbar ( di potong2)
garam, serbuk kunyit

Cara-caranya

1. Ayam di gaul dengan serbuk kunyit dan garam, digoreng keemasan dan di ketepikan.
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi.
3. Kmd masukkan cilipadi, serbuk kurma, sos tiram, kicap, madu, jus limau dan sedikit air.
4. Sesuaikan rasanya kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
5. Last sekali masukkan buah tomato dan daun ketumbar hiris, kacau sebentar dan angkat.
6. Boleh di hidangkan dengan nasi panas.

more picture……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: