Skip to content

Sup Ayam

February 20, 2010

"sup ayam"

Menu ini adalah makanan tengahari kami sekeluarga! Paling ringkas dan mudah disediakan. Bila makan sup ayam kena lawan ngan sambal kicap dan nasi putih. Bila makan sup ni mulalah berpeluh-peluh!

"sup ayam"

Cuaca kemarau ni semakin menjadi-jadi. Bagi kami sup ayam ni adalah makanan yang  paling sesuai dengan cuaca yang kering ni. Cubalah resepi ni…

"sup ayam"

Close up sup ayam.

"sup ayam"

Resepi Sup Ayam

1 ekor ayam ( di bersihkan dan dipotong kecil )
1 inci halia ( ditumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu besar lada putih ( ditumbuk)
1 bunjut rempah sup
bunga lawang
kayumanis
buah pelaga
garam, perasa
bawang goreng
daun sup ( dihiris)
daun bawang (dihiris)

Cara membuatmya…

1. Tumis bahan tumbuk, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau  dan masak hingga kecut.
3. Kemudian masukkan  rempah sup bunjut dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
4. Sesuaikan rasanya dan hidangkan dengan bawang goreng, daun sup dan sambal kicap.

Sambal kicap

6-10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar jus limau kasturi

cara membuatnya.

1. Tumbuk semua bahan kecuali kicap dan jus limau hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan jus limau.
3. sesuaikan rasanya dan hidangkan.

more picture….

"sup ayam""sup ayam""sup ayam""sup ayam"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: