Skip to content

Nasi Air

February 10, 2010

Musim panas ni kami sekeluarga memang agak malas nak makan nasi…  So menikmati nasi air di waktu-waktu begini ini memang ‘best’ dan menyelerakan.

Nasi air atau  bubur nasi ni sesuai untuk orang sakit atau orang yang kurang berselera makan  kerana ia sedap dan teksturnya yang lembut sangat mudah ditelan. Tetapi jika  sekali sekala ia dijadikan sebagai salah satu menu masakan lebih-lebih pada musim panas ni … memang terangkat!!

Teringat kisah saya waktu kecil dulu.. Jika beras tinggal sedikit dan bapa belum sempat berbelanja, ibu saya akan memasak bubur nasi berlaukkan sayur kangkung goreng, ikan masin dan ikan bilis goreng. Kami sekeluarga makan dengan sungguh berselera… Tak sangka pula dengan makan bubur nasi dengan lauk simple begitu dapat memancing selera makan.

Nasi air ni saya buat atas permintaan anak perempuan saya ‘Adik’, kerana dilanda ‘sindrom kurang  selera makan’! Anyway  berbaloi jugak melihat  dia makan bertambah 2 pinggan….

Resepi Nasi Air

Bahan-bahan untuk bubur nasi:

2 cawan beras ( dibersihkan)
3 hiris halia ( untuk nasi)
200 g daging ( di cuci )
Air secukupnya
sedikit garam

Cara-caranya

1.  Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga nasi dan daging empuk.
2.  Keluarkan daging. Potong kecil-kecil kemudian masukkan semula di dalam nasi bubur.
3.  Bila bubur dah agak pekat tutup api dan biarkan dulu.

Bahan untuk Kuah Sup.

1 – 4 ketul tulang lembu
4-6 biji bawang merah ( dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3/4 inci halia (ditumbuk)
1 sudu teh lada putih ( di tumbuk)
kulit kayu manis secukupnya
buah pelaga secukupnya
bunga lawang secukupnya
garam dan minyak untuk menumis secukupnya

Cara-caranya

1. Rebus tulang hingga empuk.
2. Tumis  kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada putih serta bahan yang telah di tumbuk dan dihiris hingga wangi. Kemudian curahkan tumisan tadi pada kuah tulang.
3.  Bila telah mendidih sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Bahan-bahan untuk  tabur

Ikan bilis goreng
Sebarang Ikan masin ( goreng dan ambil isinya)
bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
Daun ketumbar

Sos kicap

5-6 biji cili padi ( di potong)
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram secukupnya
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau kasturi

* Campurkan semua bahan sos dengan cili api dan jus limau kasturi.
Hidangkan bersama nasi air tadi.

Selamat mencuba….

More picture….

"Nasi Air"

2 Comments leave one →
  1. March 6, 2010 1:02 pm

    Salam wana. Tkasih tinggalkan jejak di blog along. Nice blog you have here – kemas & cantik.

    • March 6, 2010 3:48 pm

      Salam AlongRoz….
      Terimakasih kerana singgah… Blog saya ni biasa je!! anyway…. nice to know you!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: