Skip to content

Mee Goreng

February 9, 2010

"mee gereng"

This is my breakfast untuk hari ni!  Bagi keluarga kami bersarapan mee goreng adalah sesuatu yang sangat berat!. Biasanya jika bersarapan dengan mee goreng kenyangnya sampai ke petang. So makan tengahari kami ambil waktu petang!. Dinner pula kami hanya mengambil roti!.

Yang perlu di jaga perutnya cuma anak lelaki saya ‘Abang’ kerana dia agak kuat makan sikit berbanding yang lain. Saya akan menggorengkan nasi untuknya jika dia meminta. Orang lain tak mahu sebab takut gemuk lebih-lebih lagi papanya, kerana takut tengok perutnya sendiri yang tak pernah nak susut sejak dulu…..

Mee goreng saya simple saja… tapi perkara wajib yang mesti ada pada mee goreng saya adalah taugeh! Saya tak boleh makan mee yang tak ada taugeh! Saya lebih rela tak ada daging dari tak ada taugeh! Pelik kan??  Tapi itulah selera saya…….

"mee goreng sotong"

Resepi Mee Goreng

1 bungkus mee kuning
1 mangkuk taugeh
200 g daging ( di potong nipis)
10 ekor udang ( saya guna 4 ekor sotong )
2 pokok sawi jepun ( sawi biasa pun boleh)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
4-6 biji cili padi ( ditumbuk)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
hiasan: bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili merah, tauhu goreng

Cara membuatnya.

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukan semua sos dan kicap manis.
2. Masukkan daging dan masak hingga empuk. Boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan udang dan  sawi serta mee kuning gaul rata sesuaikan rasanya.
4. Last sekali masukkan taugeh. Kacau rata kemudian tutup api.
5. Bolehlah dihidangkan dengan bahan hiasan.

more picture….

"mee goreng - close up""mee goreng"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: