Skip to content

Vanilla Ice-Cream Dengan Puri Mangga

February 8, 2010

" ais krim mangga"

Masuk ni kali kelima  saya wat homemade ice cream…. Saya dah cuba pelbagai jenis ice-cream dari buku resepi kecil yang saya beli setahun lalu. Tetapi baru dalam sebulan baru berkesempatan mencuba!.

Biasanya bila saya buat sekali 3 jenis ice-cream dalam petisejuk. Bila dan habis saya akan buat lagi 3 jenis supaya stok ice-cream tak putus. Dan yang gembira bila saya start memutar ice-cream adalah anak-anak saya iaitu Abang dan Adik. Sungguh pun mereka dah agak besar tetapi ice-cream tetap menjadi dessert kegemaran mereka!, malah kegemaran saya dan my hubby.

Ice-cream yang menjadi top ranking ialah ice-cream vanilla. Sedap sekali di makan dengan fruit coctail atau puri buah-buahan. Abang  pula sangat suka minum coke float!. Adik  pula suka ice-cream coklat.

InsyaAllah saya akan tuliskan resepi mana-mana ice-cream yang  yang saya pernah cuba, bersama tips-tips membuatnya serta gambar-gambarnya sekali. Buat masa ni  cubalah ice-cream yang paling mudah sekali untuk di sediakan…. Homemade Vanilla Ice-cream bersama puri mangga.

"Ice cream Mangga"

Gambar Close-up Ice-cream….

Cuaca panas sangat hari ini… Ais krim dah mula mencair….

"manggo Ice cream"

Model saya… Ice-cream vanilla ngan puri mangga….

Resepi Ice-cream Vanilla bersama puri mangga

Bahan-bahan untuk Ice-Cream

2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gula

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan puri mangga.

Puri Mangga.

2 biji mangga yang telah masak
1 biji lemon ( ambil jusnya)
4 sudu besar gula
1/2 cawan air

cara-caranya

* Satukan semua bahan kemudian masak di atas api hingga gula larut dan agak pekat sedikit. Kemudian  sejukkan.

Cara menghidang.

Cedukkan ais krim ke dalam sandy glass kemudian lapiskan dengan sos mangga. Buatlah 2 lapis kemudian hidangkan dengan potongan hirisan mangga segar.

more picture….

"manggo Ice cream"

2 Comments leave one →
  1. athirah permalink
    November 5, 2010 5:14 am

    WAU MESTI SEDAP!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: