Skip to content

Pengambilan Supplemen

February 4, 2010

Sesetengah orang pengambilan supplemen adalah satu perkara tidak penting, kerana ianya merupakan satu pembaziran. Mereka berkata orang-orang dulu pun tidak mengambil supplemen, tetapi mereka lebih sihat dan panjang umur!. Benarkah?!.

Dulu saya pun beranggapan begitu. Saya juga beranggapan  adalah lebih baik  jika terus mengambil sumber makanan terus dari alam. Lebih segar dan ianya mencukupi untuk tubuh badan sihat…

Tetapi persoalannya adakah sumber makanan yang ada pada masa kini di jamin menyehatkan!. Bayangkan sayur-sayur  dan buah-buahan yang di jual di pasar disembur dengan racun perosak dari ianya tumbuh hingga ianya membesar dan dipetik. Air yang kita minum pun mengandungi klorin. Makanan yang terjual banyak mengandungi bahan perisa, pengawet dan pewarna. Udara yang kita sedut sehari-hari mengandungi asap kenderaan dan habuk yang sama sekali tidak menyihatkan!.

Sangat berbeza dengan orang tua dulu-dulu. Mereka tidak melalui keadaan seperti sekarang. Walaupun mereka tidak memakan supplemen, mereka tetap boleh hidup sihat kerana persekitaran mereka sangat bersih. Udara yang dihirup tanpa pencemaran. Sayur-sayuran dipetik di keliling rumah tidak mengandungi racun perosak. Air minum dari perigi tanpa klorin dan aktiviti bertani sangat menyehatkan kerana tubuh badan mereka sentiasa mengeluarkan peluh….

Kita????  Tanyalah diri sendiri……..

Ni Supplemen yang saya ambil setiap hari…. Setahun lepas saya pernah berjumpa doktor kerana tidak sihat!. doktor berkata tubuh saya lemah, tidak cukup tenaga dan perlukan vitamin. Doktor menyarankan mengambil supplemen itu dan ini….

Selepas berjumpa doktor tersebut… Saya membeli supplemen yang disarankan dan hingga kini saya mengambilnya tanpa putus… (bohong! kadang-kadang tu terputus jugak sebab budjet lari! ).

Saya mengambil Spirulina!. Doktor kata ia sangat baik untuk menambah tenaga dan meneutralkan bahan berasid yang kita makan sehari-hari kerana sifatnya yang beralkali. Bahan berasid tidak baik untuk kesihatan.

Saya juga mengambil multivitamin plus selenium. Multivitamin dapat menampung kekurangan vitamin dalam badan kita manakala Selenium dapat  melindung sel-sel tubuh badan termasuk kulit dan rambut dari mengalami kerosakan yang di sebabkan oleh keadaan persekitaran.

Doktor juga menyarankan saya mengambil Minyak ikan yang mengandungi Omega 3 banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Antara kebaikannya membina IQ kerana ia mengandungi DHA, memelihara jantung, meningkatkan imunisasi, mengelakkan kanser, merendahkan paras kolestrol, mengelakkan penyakit Alzheimer dan sebagainya. Sila klik di sini untuk lebih lanjut.

Pengambilan Evening Primrose oil sangat baik untuk menjaga  dalaman wanita di samping menghindari kulit dari kekeringan. Saya menjadikannya supplemen utama yang saya perlu ambil setiap hari.

Last sekali saya mengambil ekstrak buah  manggis sebagai supplement saya. Jus manggis mengandungi Xanton iaitu bahan antioksida tertinggi yang dapat mengelakkan dari penyakit kanser, mengurangkan kadar kolestrol, melindungi jantung, resdung, antipenuaan dan sebagainya. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Saya rasa supplement yang saya ambil ini mencukupi untuk tubuh dan kesihatan saya. Walaupun belanjanya agak besar tetapi saya rasa berbaloi  melabur untuk jangka panjang bagi menjamin  saya hidup lebih sihat dan hari-hari yang saya lalui sungguh bertenaga sekali. Allah memberi kesihatan yang baik dengan syarat kita juga berusaha menjaganya…….

Saya pernah bertemu seorang wanita yang sudah berumur 60 tahun, tetapi usia kelihatan seperti wanita yang berumur 40 tahun sahaja, masih sihat dan kuat ligat kesana kemari membuat business MLMnya. Saya bertanya apakah rahsia awet mudanya itu?? Jawapannya dia tidak pernah meninggalkan supplemen dari dia muda hingga kini serta dia kini mengamalkan minum jus manggis.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: