Skip to content

Ikan Masak Tiga Rasa

June 22, 2010

Semalam baru berbelanja….Peti sejuk penuh!!… pening  pula nak masak apa hari ni… Tapi nampak je ikan dori ni, excited pula saya nak masak ikan masak tiga rasa…. kebetulan ada sebijik  nenas kat dapur yang belum terusik ….. so saya pun layan masak ikan dori ni bersama nenas!!! Plan nak masak  gulai ikan masin dengan nenas tertangguh sebab anak lebih suka lauk yang ni…. Ikut ajelah !!… layan tekak anak-anak!!…..

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

1 ekor ikan ( sembarang ikan pun boleh )
1 labu bawang besar ( saiz kecil)
2 ulas bawang putih ( di cincang / di tumbuk )
1/2 halia ( di potong2)
sedikit daun ketumbar
2-3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan ( sos nampla )
1 batang serai ( dititik ) – optional
1 biji buah tomato
1/4 biji nenas ( di potong )
se potong karot ( potong memanjang)
6-8 biji cili api ( dipotong atau sebiji-sebiji)
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung gandum/ tepung jagung
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1. Ikan di bersihkan kemudian di perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Lumurkan ikan tadi dengan tepung dan goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
3. Angkat ikan tadi hidangkan di dalam pinggan dan sediakan sosnya.
4. Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan halia hingga wangi kemudian masukkan semua sos.
5. Masukkan nenas, cilipadi, karot dan sedikit air.
6. Bila mendidih sesuaikan rasa masam manisnya. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.
7. Angkat dan curahkan sos  di atas ikan tadi…..

Selamat mencuba…

About these ads
10 Comments leave one →
  1. June 30, 2010 1:36 pm

    mak nyusssssssssss………….

  2. June 30, 2010 1:44 pm

    tomatnya kurang muda kayaknya

    • July 1, 2010 3:29 am

      Yang penting Ikannya…. Lemak dan enak sekali….. Tomat sangat bagus untuk kesihatan!! Kalau masak jagan lupa di taruh pada masakan….

  3. June 30, 2010 1:56 pm

    sumpah…
    pengen banget….

  4. zai permalink
    July 6, 2010 3:44 pm

    sume nampak sedap. sy suka mkn, tp tak suka masak.. hehe

  5. July 7, 2010 4:02 am

    Salam zai….
    Ikan masak tiga rasa banyak di jual kat restoran2…. kalau tak suka masak boleh order je… tak ade masalah!! akak pun suka makan kat luar sambil2 belajar memasak sendiri!!!!

  6. zubaidah bte abdullah permalink
    August 2, 2011 6:12 am

    da banyak try resipi sedap… and many thanks…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers

%d bloggers like this: