Skip to content

Meehoon Sup ( Bihun Sup )

May 26, 2010

Bila anak tekak dah terlalu jemu makan nasi, pilihan yang paling tepat adalah mihun sup….. Meehoon sup ni dari dulu sampai sekarang my ‘feveret’  dan sampai bila-bila pun ia tetap menjadi my’ feveret’ food!!  Saya sendiri pun tak tahu mengapa saya sukakannya…..

Kalau ada tetamu datang kerumah saya pun, saya suka sangat menjamu mereka meehun sup. Mungkin juga sebab ia senang nak disediakan dan cara membuatnya juga tak banyak kerenah!!!! Biasalah, orang yang tak berapa rajin macam saya ni, jika buat sesuatu suka  benda yang senang-senang je…..Sebab tetamu saya selalu kata ” Buat susah-susah je!”, bila saya mula menghidang makanan. Dan mulut saya cepat menjawab ” Eh tak lah…. saya buat yang senang-senang je!!!!. Hah baru tau…….

Anyway saya minta maaflah sebab gambar yang saya ambil tak berapa cantik….. saya tak mekapkan model saya tu cantik cantik…… sebab dekat kepala saya ingat nak makan je…… Saya ambik gambar ni kat pinggan yang kami nak makan! tu yang nampak selekeh bebeno……Tapi kira halallah… janji ada gambo!!

Kalau makan Meehoon sup tu, jangan lupa sambal kicap…. bagi saya ni kalau makan mihun sup, tak ada sambal kicap baik tak payah makan!!! Sambal kicap ni suatu yang sangat penting! bila makan baru berpeluh2!!

Kalau nak resepi boleh amik kat bawah!!

Resepi Bihun Sup

1 bungkus Mihun
100-200 g taugeh ( celur )
Daun sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Fish cake/ fish ball ( di potong dan di goreng) – option

Cara membuatnya

1. Rendam bihun  hingga lembut.
2. Celur bihun dalam air panas.
3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap.

Untuk Sup Ayam

1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan)
5 -6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia ( ikut saiz)
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
3 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
4 biji pelaga
1 sudu besar rempah sup ( serbuk)
1 sudu makan rempah kurma (option –  jika suka sup lebih berempah)
garam
sedikit perasa/kiub ayam – option

Cara penyediaan

1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya.
3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk.
4. Sesuaikan rasanya. Tutup api.
5. Keluarkan ayam. Siat kecil2 isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi.
6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, Reneh dengan api perlahan.

Untuk Sambal kicap

10-20 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar kicap manis ( boleh tambah jika pekat sangat)

Cara penyediaan

1. Tumbuk lumat cili padi, bawang putih, garam  gan gula.
2. Masukkan kicap manis dan kacau sebati hingga gula dan garam benar2 larut.
3. Hidang kan bersama bihun celur, kuah sup dan bahan2 lain.

About these ads
8 Comments leave one →
  1. May 26, 2010 11:33 am

    kak wana, sambal kicap tu tak tahannnn mak cikkkk sgt soookkaaaaaaa, esok gak menapak gi china town cari bahan ngeh..ngehh

  2. May 26, 2010 4:25 pm

    Salam Intan… semoga tercapailah niat awk tu nak makan sambal kicap !! Duduk kat Oversea tak susah ke nak cari bahan 2 tu… tengok kat blog cam best je duduk kat sana!! kita kat sini entah bilalah nak tengok negara orang…..

  3. farina permalink
    July 24, 2010 12:31 am

    thankk uuuu utk resipi nii!bolehlaaa masak pagi ni:D. itulah mak suruh blaja masak sebelum pegi oversea, malas. teringin pulak nak makan mihun sup harini!

    dari adelaide, australia :)

  4. July 24, 2010 2:14 pm

    Salam farina…
    Terima kasih kerana singgah sini… silalah!! Resepi ni memang untuk di kongsi bersama. Harap farina suka dengan resepi ni….

  5. August 17, 2011 9:30 am

    Salam Kak Wana,

    Saya tengah browse resepi Meehun Sup, terjumpa blog akak. Thank you very much. Saya mesti nak cuba resepi favourite saya ni.

    Thank you again, God bless.
    Liz

    • September 28, 2011 5:30 pm

      Tq liz kerana sudi cuba resepi ni… insyaAllah sedap dan menjadikk..

  6. sitie permalink
    September 3, 2012 11:06 am

    assalam , kak resepi ni untuk berapa org yer :p

  7. Ally permalink
    October 30, 2012 11:14 pm

    Tgh masak resepi ni. Duduk kat Pittsburgh,PA payah nak cari sup sedap untuk musim sejuk. Plg dekat pun Vietnamese restaurant. Pergi Washington DC or NY blm tentu dapat. Spices senang cari, tapi rempah sup tak da :(. Harap menjadi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: