Skip to content

Ikan Siakap Kukus Halia

May 21, 2010

Buka saje peti sejuk,  terdapat pula seekor ikan siakap beku yang tidak diusik sejak 3 hari lalu dek kesibukan waktu…..ditambah pula dengan kemalasan untuk memasak yang begitu menjadi-jadi akhir-akhir ni… Dah puas memakan masakan yang di beli, teringin pula hati ini nak memasak!! So nampak saja ikan siakap, terasa pula saya nak memakan ikan siakap kukus halia…. bila fikir-fikir balik air tangan sendiri rasanya lebih sedap berbanding dengan makanan yang dibeli… bergantung pada diri sendiri samada rajin atau tidak saja….

Apa-apapun berselera betul kami sekeluarga makan tengahari ni bersama ikan kukus halia ni!! Yummy ( 3 kali )….Nak resepinya kat bawah ya!!…

Resepi IKAN KUKUS HALIA

1 ekor Ikan Siakap – di bersih
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
5-10 biji Cili Padi –  dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 biji Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu makan Air

Cara penyediaaannya

1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.

About these ads
8 Comments leave one →
  1. Intan permalink
    May 23, 2010 4:40 pm

    Puan Wana, blog puan menarik lah n gambar tu yang tak tahan…insyaallah dah beli pun lamb (tengok entri yang dedulu) malam ni nak start marinate hopefully menjadilah hendaknya. Updatelah blog selalu Puan, tak dapat jamu selera jamu mata pun best gak , bolehlah orang macam saya ni tumpang belajar memasak

    • May 24, 2010 4:51 am

      Terima kasih kerana singgah ke blog akak ( panggil kak wana je…)!!! Blog akak ni blog baru…akak happy jika Intan suke!! harap2 lamb chop yg intan masak tu menjadi ya… Tentang update blog tu… I try my best untuk update selalu!!… anyway nice to know you! keep in touch selalu k!!

  2. Adriana permalink
    September 30, 2010 2:20 am

    Salam K Wana. Terima kasih ye sudi berkongsi resepi. Mmmm, nampak best sgt ikan kukus tu. Terliur saya melihatnya. Mlm ni dinner saya nak try.. Semlm dah beli steamer!

    • October 12, 2010 4:12 pm

      Salam Adriana… minta maaf lambat sikit balas coment!! actually blog ni blog lama…dan akak jarang jenguk blog ni!!!… sila singgah ke blog resepi kwana yg baru untk dapatkan entri terbaru…di http://www.potretkasih.com/. Any way… tq sudi cuba resepi ikan kukus halia ni…

  3. Katrina permalink
    August 3, 2011 7:52 am

    banyakkan lagi resepi akak yer

  4. nurfillah permalink
    August 10, 2011 3:04 am

    salam akak..tengah2 cari resepi nak masak terjumpa blog akak..minta halalkan ya akak …resepi2 nak salin ni..siakap stim bestnyer..

  5. February 9, 2012 4:14 am

    Salam Kak… terliurnya. malam ni jugak nak try resepi ni. kebetulan ada ikan siakap dalam freezer… wahhh, xsabarnya! tq kak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: