Skip to content

Puding Roti Berkuah

April 12, 2010

Rasanya belum terlambat untuk saya post resepi puding roti ni. Puding ni saya buat semasa menyambut hari lahir anak perempuan saya. Saya sangat suka makan puding ini. Cara membuatnya juga mudah….. Boleh di kukus atau di bakar dalam oven. Kali ini saya hanya membakar dalam oven sahaja kerana saya agak  malas mengeluarkan alat kukusan saya.

Sebenarnya jika puding roti ini di kukus ia lebih lembab berbanding dengan jika di bakar. Namun begitu boleh sediakan kuahnya agar ia lebih sedap di makan. Lebih sedap jika di makan dengan fruit koktail atau puri buah-buahan. Kami makan dengan puri strawberi untuk mengimbangkan rasa lemak, manis dan masam.

Enjoy….

Resepi Puding Roti Berkuah

10 keping roti keping
2 tin susu cair
3 biji telur
4 sudu besar gula ( boleh tambah jika suka lebih manis)
1 sudu teh vanillla
100 g kismis
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya

1. Potong kecil-kecil roti keping dan letak di dalam mangkuk pembakar.
2. Satukan telur. gula dan  essen vanilla. kacau hingga rata. Tuang susu cair kedalam adunan telur tadi dan kacau hingga gula larut.
3. Masukkan butter kedalam mangkuk pembakar yang berisi roti. Ratakan mentega tadi pada roti dengan menggunakan sudu.
4. Taburkan pula dengan kismis dan last tuangkan adunan susu dan telur ke atas roti. Rendam roti ke dalam susu hingga rata dan bolehlah di bakar atau di kukus. Bakar dalam oven 150 darjah celcius selama 30 -40 minit.
5. Hidangkan dengan kuah/sos kastad dan puri buah-buahan.

Resepi Sos Kastad

2 cawan susu cair
1 sudu makan tepung kastad atau tepung jagung( di larutkan dengan sedikit air.)
2 sudu makan gula

Cara membuatnya

**Satukan semua bahan dalam periuk dengan api perlahan. Kacau hingga kuah dah mula pekat. Sejukkan dan boleh di hidangkan.

About these ads
13 Comments leave one →
  1. Tiger permalink
    April 13, 2010 12:07 pm

    lapo lak perut ni tengok puding roti ni….. best!

    • April 13, 2010 12:17 pm

      kalau lapar, puding roti ni amat sesuai kerana ia berat dan mengenyangkan….

  2. anna permalink
    July 13, 2010 10:16 am

    salam kak,nak tanya kalau pudung roti ni di kukus kene barapa lama? saya baru nak belajar ni. terima kasih. wassalam

  3. July 14, 2010 5:05 am

    Salam anna
    Kalau nak kukus… boleh kukus selama 40-45 minit!!! bergantung pada besar kecilnya api yang anda gunakan!!! Kalau nak tau dah masak ke belum… cucuk dengan lidi dulu…. kalau puding tak melekat pada lidi maknanya dah masak!!! harap penerangan ini dapat membantu anna!!!! tq!

  4. liza permalink
    October 7, 2010 4:52 am

    sy bru cuba puding roti nie minggu lps..mmg best..lazat..
    selamt mencuba klu yg blum mencuba..

    • October 12, 2010 4:28 pm

      Salam Liza…tqvm kerana sudi cuba resepi puding ni!!! memang sedap kan!!! akak pun suka resepi puding ni!!!

  5. eka permalink
    November 26, 2010 10:06 am

    salam kak..sya nak tanya..sos kastard yg dekat gambar tu akak letak ape erk yg warna merah tu..

    • November 27, 2010 6:36 am

      salam eka…. yang warna merah tu adalah sos strawberi….. masak buah strawberi dengan gula hingga hancur… bolehlah di makan dengan puding!!!

  6. ekin permalink
    March 10, 2011 3:29 am

    sy br 1st time nk try buat puding ni…konpius plak..kene bakar ke kukus?

    • March 10, 2011 9:38 am

      salam ekin… puding kat atas tu akak bakar dalam oven… tapi kalau nak kukus pun boleh jugakk…

  7. November 30, 2011 6:18 am

    nice… yummyy,

  8. January 30, 2012 9:00 am

    jap lagi nak cuba..kak, kalau mentega tu gantikan dgn marjerin pn boleh kan?

  9. Putery nur atieqah permalink
    June 26, 2012 1:16 pm

    Sedap nya!!!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers

%d bloggers like this: