Skip to content

Ikan Siakap Kukus Ala-Nyonya

March 29, 2010

Terlaksana juga niat saya nak makan ikan siakap kukus. Tapi kali ni saya memasak ikan kukus ini ala-ala nyonya stail. Walaupun ini kali pertama saya memasak ikan kukus dengan cara ini, tetapi rasanya tidak menghampakan. Sos yang dilumurkan pada ikan sangat istimewa kerana terasa bunga kantan dan serainya. Sebelum anda melumurkan sos ini pada ikan, pastikan sos benar-benar telah cukup garam, gula dan masamnya, kemudian barulah dilumukan pada ikan.

Anda yang tak pernah makan ikan kukus ala- nyonya cubalah resepi istimewa ini……

Resepi Ikan Siakap Kukus Ala Nyonya

Bahan-bahannya

1 ekor Ikan SiakapĀ  (bersihkan ikan)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
5 biji cili merah
6 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
sos thai secukupnya
jus limau nipis secukupnya ( saya guna 1/2 biji lemon)
garam,gula, perasa secukupnya.

cara membuatnya

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga lumat.
2. Tumis hingga wangi dan pecah minyak kemudian sesuaikan rasa garam dan manisnya.
3. Lumurkan ke atas ikan siakap dan kukuslah hingga masak.
4. Hidangkan dengan nasi panas. Layan!

About these ads
6 Comments leave one →
  1. nuryaveiel permalink
    January 28, 2011 12:29 pm

    saya try resipi ni tadi.sedap !!! terima kasih kak wana

    • March 5, 2011 11:29 am

      thanks nuryaveiel…. sudi cuba resepi ni… resepi ni memang my fav…

  2. farahAJ permalink
    February 9, 2011 5:16 am

    thanx 4 d recipe. dah lama cari resipi ni klu ada masa mmg nak cuba (:

  3. alex permalink
    September 7, 2012 4:43 am

    baru nak cuba..maaf lepas masak saya tak nak komen apa2 lagi.kalau sedap macam kat siam village restoran di shah alam tu..timah kasih ler…tapi kalau sebaliknya saya ucap tima kasih sebab sharing benda baik..

  4. norliana ahmad permalink
    November 16, 2012 3:54 pm

    thanzzzzz bebanyakkkk….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: