Skip to content

Lamb Chop Dengan Kentang Putar

March 19, 2010

Bila Saya singgah je kat kedai sejuk beku Perfect Fresh & Frozen, saya nampak daging Lamb merah dan agak segar walaupun telah dibekukan. Terlintas pula di hati nak masak Lamb chop untuk dinner malam ni….Rasanya saya dah lama tak makan western food…. So saya beli daging Lamb sebanyak 4 keping dengan harga RM 13.00. Lepas tu saya beli sos untuk marinatenya sekali dengan harga RM 2.00. Bukan apa saya ingin mencuba je produk ni… bila saya dah mencuba saya rasa puas hati pula…. memang sedap sos ini.

Kalau makan di restoran, sepinggan lamb chop je dah berharga RM 16.50…. tu pun lepas makan anak lelaki saya macam rasa tak cukup je… Tetapi dengan membuatnya sendiri saya lihat anak saya siap bersandar atas sofa kekenyangan!. Kos membuatnya hanya tidak lebih RM 20.00 sahaja cukup untuk kami sekeluarga seramai 4 orang….

Cara membuatnya!! sangat-sangat senang!!

Lepas perap dengan sos marinate semalaman saya bakar di atas pembakar elektrik. Sebelum tu saya dah buat sos dan kentang putar dan hidang atas meja… Walaupun saya membeli siap sos marinate, tetapi sebenarnya ia boleh di buat sendiri. Ini resepinya.

Resepi Sos Marinate

1 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, gula dan sedikit jus limau

Caranya

1. Satukan semua bahan.
2. Lumurkan pada Lamb. Perap semalaman dalam peti sejuk.

Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya

1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.

Resepi Sos Lamb chop/ Sos perang/Brown sause).

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* Jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidangkan Lamb chop dengan sayur-sayuran…..

Selamat mencuba…

About these ads
8 Comments leave one →
  1. October 29, 2010 4:56 pm

    Untuk mereka yang ingin membuka perniagaan berasaskan western food. Dapatkanlah bekalan dari http://pembekalsteakfrozen.blogspot.com.

  2. July 8, 2011 10:07 am

    Hai sis! Salam perkenalan dr saya.. Baru terjumpa blog ni.. Saya sangat suka.. Lagi2 part western food ni.. Ingat nak try juga ni.. Lagi puas hati mkn kat rumah bersama anak kan.. :).. Oh ya, temoat bakar elektrik tu beli katne ye? Takde idea ni.. Berapa RM? Thanks sis.. Harus dicuba weekend ni :)

    • July 8, 2011 3:56 pm

      Salam Lin… terima kasih ya kerana sudi cuba resepi ni… harap lin berpuashati nanti… Pembakar elektrik tu saya beli kat Jusco…. brand Cornell… harga kalau tak silap Rm 110.00 ( harga 3 tahun lepas )……… Oh ya sekarang sy dah berpindah blog… address blog baru saya
      http://www.potretkasih.com/…. harap lin singgahlah kesana… kerana kat sana saya sentiasa update…

Trackbacks

  1. Grilled Beef Steak « Potret Kasih
  2. Grilled Marinate Lamb Chop( Kambing Panggang Perap ) « Potret Kasih
  3. Grilled Marinate Lamb Chop( Kambing Panggang Perap ) | Potret Kasih
  4. Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang ) | Potret Kasih
  5. Lamb Chop Dengan Coleslaw Dan Mashed Potato | Potret Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers

%d bloggers like this: