Skip to content

Ikan Percik

March 4, 2010

Buka saja dalam peti sejuk, cuma ada 3 ekor ikan kembung yang kami beli 2 minggu lalu… fikir-fikir nak masak apa…. lalu terlintas nak cuba masak ikan percik. Actually tak pernah cuba masak ikan percik sebab leceh juga nak kena grill di atas bara arang…  Bagi saya ia  sesuatu perkara yang agak merumitkan..

Last terfikir nak bakar kat oven je… walaupun ikan percik ni tak sewangi dengan ikan percik yang dibakar dengan arang… tapi saya letakkan daun lengkuas untuk menimbulkan aromanya…. berbaloi gak sebab satu rumah saya harum dengan bau yang menyelerakan!! Sampaikan kucing-kucing kat luar rumah saya mengiau-ngiau sebab tak tahan bau ikan bakar saya.

Ikan percik ni ada 2 jenis satu yang warna kuning ( jika letak cili padi) atau oren ( jika letak cili kering ), dan satu lagi berwarna putih. Yang warna putih tu dikenali dengan ikan percik Kelantan. Saya pernah makan ikan percik kelantan masakan ibu mertua saya… sedap juga!! cara membuatnya lebih mudah kerana bahan-bahan yang digunakan sedikit berbanding dengan ikan percik kuning…..

Saya try yang kuning ni dulu…. next time cuba pula yang putih dan saya cuba dapatkan resepinya dari ibu mertua saya… pure dari Kelantan!!

Resepi Ikan Percik

3 ekor ikan kembung ( atau termenung) yang besar
1 mangkuk penuh santan
5-10 biji cili kering ( atau cili padi 10 biji)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai
Sedikit belacan (jika suka)
1 camca besar gula
1 keping asam gelugur
Sedikit kunyit (ditumbuk)
Garam secukup rasa

Bahannya

1. Kisar cili kering, bawang merah, halia, serai, bawang putih, belacan dan kunyit bersama santan.
2. Masak atas api dan masukkan asam gelugur… kacau hingga pekat.
3. sementara kuah pekat ikan di lumur dengan garam kemudian dibakar hingga separuh masak.
4. Bila kuah agak pekat sesuaikan rasanya dan angkat.
5. lumurkan atau percikkan kuah atas ikan dan bakar. Ulang pada sebelah lagi.
6. buatlah bebrapa kali hingga kuah melekat pada ikan.
7. Bila masak bolehlah dihidangkan.

About these ads
2 Comments leave one →
  1. white permalink
    March 5, 2010 1:32 pm

    Lama rasanya tak makan ikan percik… besa saya beli je kat pasar malam… atau kalau bulan puasa beli je kat bazar ramadan!!!

  2. March 5, 2010 1:41 pm

    Kat pasar malam dan bazar malam memang ada jual…. tapi kalau wat sendiri tak adalah sesusah mana…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: