Skip to content

Daging Masak Lada Hitam

February 24, 2010

"dagingladahitam"

Daging masak lada hitam adalah lauk kegemaran anak lelaki saya….. Kalau makan lauk ni boleh bertambah 2 pinggan. Manakala bagi saya pula masakan ni selalu saya buat kerana ia paling senang untuk disediakan! …. apalagi dikala saya agak kurang rajin… Biasanya saya suka letak sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang agak sesuai untuk di tambah seperti seleri, cendawan tiram, brokoli dan lada benggala dan pelbagai lagi. Kali ni saya cuma letak tomato, karot, daun bawang dan daun ketumbar saja….. kerana ketiadaan stok sayur dalam peti sejuk saya.

"daging lada hitam"

Anyway  pada sesiapa yang gemarkan masakan berdaging cubalah resepi ni…

"daging lada hitam"

Resepi Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya

300 g daging lembu ( dibersihkan dan di potong kecil-kecil)
1 labu bawang  besar (di potong bulat)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam  (ditumbuk)
4-8 biji cili padi
daun ketumbar ( dihiris)
daun bawang ( di potong )
sepotong karot ( potong memanjang)
1 biji buah tomato ( di potong)
2 sudu besar kicap manis
2 sudubesar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & serbuk kunyit

Cara membuatnya

1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masak  dalam kuali untuk keringkan airnya.
2. Apabila daging agak kering masukkan sedikit minyak dan goreng sedikit.
3. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, lada hitam yang telah di tumbuk. Goreng seketika bersama daging tadi. Masukkan karot.
4. Masukkan sos cili, kicap,sos tiram dan sedikit air.
5.  sesuaikan rasa dan last sekali masukkan daun ketumbar, daun bawang dan buah tomato.
6. Kacau, angkat dan hidangkan.


more picture…..

"daging lada hitam""daging lada hitam"

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers

%d bloggers like this: