Skip to content

Kek Chocolate Moist

February 20, 2010

"kek Chocolate"

Masuk kali ni dah lebih 5 kali saya membuat kek ini… Kek ini sangat sedap dan kaya dengan coklat dan moist!  Caranya sangat mudah dan senang. Sesuai untuk buat kek hantaran pengantin dan sedap juga dimakan semasa minum petang. Paling sedap jika dimakan dengan vanilla Ice-cream dan strawberi.

Kek ni adalah kesukaan kami sekeluarga…. Saya tidak  terlalu kerap membuatnya.. sebab kek ni agak muak! Selalunya saya membuatnya sebulan sekali atau 2 kali sahaja. Resepinya ada di bawah dan  selamat mencuba!.

"Kek coklat moist"

Model saya…. sungguh mengiurkan!

Resepi Kek Coklat Moist.

Bahan-bahannya

2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
¾ cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1  cawan  yogurt
1 camt  serbuk penaik
1 camt soda bikabonat
2 biji telur ( 3 biji telur saiz kecil)
1 camt essen vanilla
1 camt garam

Cara-caranya

1. Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikabonat dan  serbuk koko.
2. Kacau gula, air panas, yogurt, essen vanilla, garam dan telur hingga larut.
3. Perlahan lahan masukkan tepung dan minyak bergilir-gilir.
4. Masukkan dalam acuan kek panas yg telah di sapu mentega dan di alas dengan kertas minyak.
5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah C.
6. Boleh di kukus jika suka.

Topping

1 keping cooking coklat (250 g )
1 sudu makan butter.
2-3 sudu besar susu cair/whipping cream/double cream

Caranya

Masak kesemua bahan gunakan kaedah double boiler hingga cair. Tuangkan atas kek semasa kek sejuk.

more picture…

"Kek coklat moist"

About these ads
6 Comments leave one →
  1. zai permalink
    July 6, 2010 3:47 pm

    kak wana., kenapa saya buat tak jadi? sy kukus.. tp kek mcm bantat je. nape ye?

  2. July 7, 2010 3:42 am

    Salam zai…
    Kalau nak kukus, jangan kukus cam tu je!! Mungkin air kukusan yang masuk tu bole menyebabkan kek jadi bantat!! kalau nak senang masukan kek dalam bekas plastik bertutup 4 segi yang ada dijual kat kedai, kemudian baru kukus!!…. atau tutup acuan dengan aluminium foil kemudian kukuslah selama 1 @ 1 1/2 jam!!! satu lagi kalau nak buat kek ni jangan tak perlu mixer… guna senduk kayu je dah cukup…kek ni tak perlu di pukul lama2 kerana dah ada egen penaik seperti baking powder dan baking soda!!! minta maaf banyak2 sebab terlupa nak mention dalam blog!!! jangan berputus asa… cuba lagi hingga berjaya!!! saya pun masa nak buat kek ni kena cuba dua tiga kali baru kek cantik!!!

  3. karenakarina permalink
    November 19, 2010 2:36 pm

    Kek ni sedap kak cuma saya rasa macam terlalu manis, rasa2 nak kurangkan kandungan gulanya.

    • November 27, 2010 6:38 am

      Kalau nak kurangkan gula pun boleh…. bergantung jugakk dengan serbuk koko yang kita guna… kalau kita guna koko jenis hitam dan pahit rasanya gulanya ok dah… tapi kalau guna serbuk koko yang kurang pahit, kena kurangkan sikit gulanya…

  4. namira permalink
    April 21, 2011 2:58 pm

    nice , cantik2 :) dh cuba , thanks

  5. November 4, 2011 2:54 am

    kak, kalau tak guna yogurt boleh tak? ke rasa nya jadi kurang sedap nanti. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: